TEMAN

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU






Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management gurumerujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.


Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.



Adam Corrie
SELAMAT HARI GURU terutama untuk ibu bapa saya yang menjadi guru pertama dalam hidup saya,
adik beradik yang mengajar erti kasih sayang berkeluarga,

guru-guru di sekolah yang mengajar ilmu dunia dan akhirat untuk bekalan apabila dewasa.

Sahabat-sahabat yang menjadi guru dengan sudi memberi pandangan dan nasihat untuk di jadikan panduan kehidupan seharian.

pada musuh (mereka juga guru dalam hidup saya?) terima kasih memberi pengajaran dlm hidup supaya lebih berhati-hati apabila berkawan.

Dan isteri saya yang menjadi guru saya, yg menjadikan saya lebih baik dari semalam, menjadi lebih ceria dari duka. Membentuk saya Iman dalam keluarga.

Dan terima kasih guru-guru kita semua.....

SELAMAT HARI GURU


Fazi, 
Selamat Hari Guru buat semua guru diseluruh dunia yang telah mencurahkan ilmu pada muridnya tanpa rasa jemu. 
Setiap orang adalah guru. Kita menjadi guru kepada diri sendiri, menjadi guru pada anak-anak kita, menjadi guru pada sahabat handai kita, Menjadi guru dalam semua aspek kehidupan. Hargailah diri sendiri yang menjadi seorang guru yang hebat dan beriman. 
Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails