TEMAN

Ahad, 29 Julai 2012

BERKAT PERGI KE MASJID






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ketemu kita lagi di bulan Ramdhan yang mulia ini. 


Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Ada juga kisah yang sama mengatakan kata ianya tak buta. Yang penting mesej cerita yang ingin disampaikan. 


Pada suatu hari ni...lelaki ni sedang dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh...lelaki tersebut berjalan dlm gelap...dgn hatinya tak henti2 berzikir dan mengingati Allah...


Tetiba, dengan tak semena- mena lelaki itu telah terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di tgh2 jalan..."Allahu akbar.." lelaki itu terkejut kehairanan...'ish...tak pernah aku perasan pulak ada lubang ni kat sini'....apabila mendapati akan bajunya, lelaki itu bertambah terkejut...habis berdebu2 dan berselut2 bajunya akibat terjatuh ke dalam lubang tersebut....beliau berkata dalam hati 'ishh...sempat lagi nak balik ke rumah salin baju ni...' dengan hati yg sabar dan tidak sedikit pun mengeluh...lelaki itu bangun lalu pulang ke rumahnya utk bersiap semula ke masjid...

Tidak lama kemudian, lelaki itu berjalan semula ke masjid...namun, atas izin Allah...beliau terjatuh lagi ke dalam lubang yang sama..."Allahu akbar.."lelaki itu kehairanan,'macammana la aku boleh jatuh lagi sekali nih...' dan apabila beliau mendapati baju sekali lagi beliau mengambil keputusan utk pulang ke rumah dan membersihkan diri utk kembali ke masjid.

Kali ketiga lelaki tersebut keluar rumah utk ke masjid, beliau nekad utk lebih berhati2 agar tidak jatuh ke dalam lubang yg sama...apabila beliau hampir ke tempat terletaknya lubang tersebut, beliau merasakan seorang lelaki yg sedang menghampirinya.

Lelaki tersebut menyapanya dan menyuruhnya berhati2 akan lubang yg besar itu...lelaki beriman itu tersenyum mengangguk dan mengucapkan terima kasih...

lelaki yg memegang lampu itu bertanya, "encik nak ke mana ni?"

"Ke masjid"

"Oh ye ke..kalau macam tu mari kita pergi bersama..."lelaki tersebut membantunya bangun lalu memimpin jalan sampai lah ke masjid...


tibanya mereka di masjid, lelaki beriman tersebut dgn segera masuk utk menunaikan solat sunat dan beriktikaf...namun dilihatnya lelaki yg seorang lagi berdiri saja di luar masjid.


lelaki beriman tersebut mengajaknya masuk utk beribadat, tetapi lelaki yg memegang lampu itu sekadar menggelengkan kepalanya..

lelaki beriman itu kehairanan lalu bertanya,"kenapa kamu tak mahu masuk?bukankah kamu juga hendak ke masjid tadi..?"

lelaki berlampu itu menjawab," ya...tapi bukan untuk bersembahyang...semata2 membantu bangun dari jatuh dan bawa ke jalan yang kamu tujui.."


lelaki beriman terus kehairanan.....


lelaki berlampu itu bertanya,"adakah kamu kenal siapa aku??"

lelaki beriman tersebut menggelengkan kepala...

"Sebenarnya, aku adalah syaitan...dan akulah yg menyebabkan kamu terjatuh ke dlm lubang besar tersebut...dgn harapan bhw kamu akan putus asa dan mematahkan niat kamu utk ke masjid. Ketahuilah manusia, bahawa pada kali pertama kamu terjatuh dan pulang ke masjid, Allah swt telah mengampunkan segala dosa-dosamu sejak kecil dan kamu diibaratkan bagai kain putih yg suci. Pada kali kedua kamu terjatuh dan pulang ke masjid, Allah swt telah memberikan pengampunan kepada seluruh ahli keluarga mu serta memberkati rumahtangga mu...pada saat itulah aku berasa risau dan mengambil keputusan untuk mengelakkan kamu daripada terjatuh sekali lagi...kerana aku takut seandainya kau terjatuh lagi, Allah swt akan memberikan pengampunan kepada seluruh manusia di dalam kampung mu...."

Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah





Wallahualam bi shawab



Photobucket

Sabtu, 28 Julai 2012

GANTI BERAS PUTIH DENGAN BERAS PERANG






Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN !



Photobucket

Sabtu, 7 Julai 2012

SENARAI MEMBELI BELAH?



Guna cara Senarai Membeli belah
Anda perlu untuk membuat senarai membeli-belah menjelang masa dan menentukan melekat kepada mereka tidak kira apa, ini akan membantu anda untuk terus di landasan yang betul di samping memastikan bahawa anda mendapat apa yang anda perlu.

senarai membeli-belah
Menggunakan senarai untuk menetapkan keutamaan anda
Perlu diingat semasa membuat senarai 'membeli-belah anda, apa yang anda perlu mempunyai dahulu. Menjaga 'anda perlu pertama dan jika ada cukup ditinggalkan, anda boleh mendapatkan beberapa mahu.

Hanya pastikan untuk memberikan beberapa kelonggaran dalam bajet anda sekalipun, jika ia terlalu tegar, maka anda tidak akan menjadi seperti yang cenderung untuk mengikutinya.

link

Related Posts with Thumbnails