TEMAN

Khamis, 23 Ogos 2012

MALAM RAYA YANG MENGHARUKAN



Selamat Hari Raya 

Menjadi tradisi setiap kali malam Aidil Fitri menjelma. Kami sekeluarga akan berkumpul solat jemaah maghrib dan Isyak bersama. Selepas selesai solat, kami bertakbir raya menyambut kedatangan Syawal dan mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan. 

Kali ini kami bertuah kerana 2 anak saudara iaitu anak abang ( Faizol Fuad) iaitu Luqman al-Hakim al-Hafiz dan Mohd Irfan Nabil Hakim al-Hafiz menjadi imam kali ini. Mereka baru sahaja masuk sekolah tahfiz awal tahun ini. Alhamdulillah perubahan dan peningkatan ilmu agama mereka amat kami kagumi  merasa terharu. Kedua-dua mereka sudah meghafal al-Quran. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin 






Photobucket

Sabtu, 4 Ogos 2012

BERBUKA PUASA MAKAN LUAR, BELI ATAU MASAK SENDIRI?

Saya masak telur dadar gebu, suami saya masak sambal sotong, kacang panggang dan Sayur Kailan Sos Tiram


Ramadhan adalah bulan amat dinanti-nantikan seluruh umat Islam. Dalam bulan ramadhan kita boleh mendapat membuat ibadat dengan pelbagai ganjaran yang berlipat ganda yang disediakan. Ia terpulang pada kita untuk merebut peluang tersebut. Samada ingin merebutkannya atau membiarkan ia pergi berlalu tanpa rasa rugi. 


Setakat minggu pertama berpuasa ini. Saya agak sibuk dengan baking yang di tempah oleh hotel.  Pada hari pertama puasa saya tak sempat nak masak. Dapur penuh dengan bahan-bahan pembuatan kek. Jadi jawabnya suami tercinta pergi membeli juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan. Kesian juga nanti 2 orang pembantu yang datang buat produk nak makan berbuka apa kan. 

Setelah berbuka pada hari pertama puasa. Saya terlepas untuk pergi solat terawih, tapi alhamdulillah suami datang juga menunaikan solat terawihnya dengan sempurna. 

Hari pertama hingga hari ke tiga juadah berbuka puasa kami adalah dari bazaar ramadhan. Setiap kali suami saya pergi beli dan berbuka. Juadah tersebut mesti tak habis kerana tidak menetapi selera kami. Ada yang liat mungkin disebabkan penyediaan makanan tersebut sudah terlalu lama. Ada juga yang terlalu cair masakannya. Mungkin kuahnya ditambah air sahaja. untuk kelihatan banyak. 

link

Related Posts with Thumbnails