TEMAN

Sabtu, 4 Ogos 2012

BERBUKA PUASA MAKAN LUAR, BELI ATAU MASAK SENDIRI?

Saya masak telur dadar gebu, suami saya masak sambal sotong, kacang panggang dan Sayur Kailan Sos Tiram


Ramadhan adalah bulan amat dinanti-nantikan seluruh umat Islam. Dalam bulan ramadhan kita boleh mendapat membuat ibadat dengan pelbagai ganjaran yang berlipat ganda yang disediakan. Ia terpulang pada kita untuk merebut peluang tersebut. Samada ingin merebutkannya atau membiarkan ia pergi berlalu tanpa rasa rugi. 


Setakat minggu pertama berpuasa ini. Saya agak sibuk dengan baking yang di tempah oleh hotel.  Pada hari pertama puasa saya tak sempat nak masak. Dapur penuh dengan bahan-bahan pembuatan kek. Jadi jawabnya suami tercinta pergi membeli juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan. Kesian juga nanti 2 orang pembantu yang datang buat produk nak makan berbuka apa kan. 

Setelah berbuka pada hari pertama puasa. Saya terlepas untuk pergi solat terawih, tapi alhamdulillah suami datang juga menunaikan solat terawihnya dengan sempurna. 

Hari pertama hingga hari ke tiga juadah berbuka puasa kami adalah dari bazaar ramadhan. Setiap kali suami saya pergi beli dan berbuka. Juadah tersebut mesti tak habis kerana tidak menetapi selera kami. Ada yang liat mungkin disebabkan penyediaan makanan tersebut sudah terlalu lama. Ada juga yang terlalu cair masakannya. Mungkin kuahnya ditambah air sahaja. untuk kelihatan banyak. 


Akhirnya hari ke 4 kami membuat keputusan untuk tidak lagi memberi makanan di bazaar ramadhan. Kami masak saja. Sehingga hari ini kami berbuka dengan juadah yang di masak di rumah. 

Masakkan yang fresh dengan air tangan kita sendiri. 

Biarkan tak mewah makanannya... tapi berkat masak menyediakan juadah berbuka untuk orang berbuka puasa tu fadhilatnya besar. 

Salam Ramadhan semua. 

Suami saya memang pandai masak. Saya suka makan Sayur Kailan Sos Tiramnya




Photobucket

4 ulasan:

  1. Salam fazi,
    Blh x kongsikan resepi sayur kailan tu. nampak sedap & simple...chinese style kan....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'salam ..
      Boleh nanti saya bagi resipinya.

      Padam
  2. Saya dan suami dari hari pertama puasa hingga sekarang, juadah berbuka kami masak bersama-sama.. Alhamdulillah, dapat jimat dan puas hati.. Bagus kan bila suami pun rajin dan pandai masak ? Hehe.. Sayang isteri la katakan.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.
      jimat duit dan makan berselera.
      itu satu bonus suami yg pandai masak

      Padam

link

Related Posts with Thumbnails