TEMAN

Khamis, 23 Ogos 2012

MALAM RAYA YANG MENGHARUKAN



Selamat Hari Raya 

Menjadi tradisi setiap kali malam Aidil Fitri menjelma. Kami sekeluarga akan berkumpul solat jemaah maghrib dan Isyak bersama. Selepas selesai solat, kami bertakbir raya menyambut kedatangan Syawal dan mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan. 

Kali ini kami bertuah kerana 2 anak saudara iaitu anak abang ( Faizol Fuad) iaitu Luqman al-Hakim al-Hafiz dan Mohd Irfan Nabil Hakim al-Hafiz menjadi imam kali ini. Mereka baru sahaja masuk sekolah tahfiz awal tahun ini. Alhamdulillah perubahan dan peningkatan ilmu agama mereka amat kami kagumi  merasa terharu. Kedua-dua mereka sudah meghafal al-Quran. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin 






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails