TEMAN

Jumaat, 7 September 2012

HIKMAH HARI JUMAAT






1001 Hari Jumaat.

1) Hari nabi Adam a.s diciptakan.

2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya.

3) Hari kiamat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا ، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ “

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari Jumaat.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]


2) Hari hidayah untuk umat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا ، وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ ” ، قَالَ : ” يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا ، وَغَدًا لِلْيَهُودِ ، وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى ” .

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

Kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba pada hari kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya sahaja mereka umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat kitab selepas mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi kita petunjuk pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka perselisihi padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat adalah hari untuk kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan selepasnya (Ahad) adalah untuk kaum Kristian.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]




Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails