TEMAN

Ahad, 16 September 2012

TAK KENAL JANGAN MENGHUKUM!



Assalamualaikum,

Cuti Raya sudah habis, mulalah episod baru iaitu kerja. Ditawarkan memegang watak sebagai Cicak dalam filem Darah Panas terbitan White Merpati Sdn Bhd. Watak yang mencabar kerana mengunting rambut menyerupai bentuk cicak. Watak Cicak adalah seorang gangster yang menjual perempuan.

Realiti kehidupan,  jalan ceritanya mengenai kisah seorang wanita yang dipaksa dan diperangkap  oleh Cicak untuk dijadikan pelacur dan menjadi keldai dadah.  

Kisah selebihnya kena tonton filem ini.

Saya menasihatkan para sahabat supaya mengambil pengajaran dari filem ini. Jangan mudah terpedaya dengan dunia serba moden dan godaan sekarang ini.

Apa sahaja yang dipakai, dilakonkan, aksi kurang sopan dan segala yang negative janganlah diikut, ditiru dan janganlah mencela para pelakon yang melakonkan.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk dimata kita dan Allah jadikan pengajaran dan minta disimpangkan.

Potong Rambut Bentuk Cicak
Suami saya ditawarkan watak yang sering dilakonkan. Tapi kali ini disarankan memotong rambut yang agak mengejutkan iaitu bentuk CICAK. Suami saya minta pandangan dari saya dan ahli keluarga.


  • Pandangan saya jujurnya tidak suka dengan rambut yang disyorkan kerana tidak sesuai sebagai seorang Islam berambut sedemikian.
  • Solat tak sah kalau dibiarkan bentuk binantang di pakaian, badan dan apa tah lagi kepala. Tetapi saya kata boleh buat dengan bersyarat iaitu tutup kepala apabila keluar rumah dan apabila solat.


Suami saya telah buat solat Istikarah minta pertunjuk pada Allah mengenai masalah ini. Suami saya juga kurang senang dengan rambut tersebut.

Setelah beberapa kali buat solat hajat dan istikarah suami saya meneruskan juga setelah mendapat ketenangan dan niatnya hanya untuk mencari rezeki dan memberi pengajaran melalui filem ini hanya kerana Allah SWT.



Dugaan datang apabila, niat baik di salah erti pada hari pertama penggambaran. Gambar berambut Cicak yang dikongsikan di FB dipertikatkan beberapa "FAN"Adam Corrie.

Alhamdulillah mereka peka dengan penampilan Adam Corrie yang sebegitu, tetapi teguran yang menuduh secara kurang enak dan tidak selidik dahulu diberikan. Mungkin mereka tidak mengenali latar belakang Adam Corrie. Hanya terlihat gambar tersebut terus membuat kenyataan yang dirasakan betul dan tepat nagi mereka sahaja.

Jika mereka kenal siapa Adam Corrie mungkin mereka akan menegur, menasihati dan selidik dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Hati seorang saudara baru amat nipis, cepat terasa seperti dipinggirkan, dipandang hina kerana merasakan beliau seorang saudara baru (muallaf) yang cetek ilmu agama. Saya ingin menasihatkan pada mereka yang ingin memberi pandangan suapya berfikir dahulu sebelum berkata-kata pada saudara baru. Suami saya bertanya pada saya,

"Kenapa manusia yang merasakan mereka beriman pada Allah selalu menuduh tanpa berfikir dan usul periksa dahulu. Adakah mereka betul-betul beriman???? Seorang Islam yang berilmu lagi beriman akan menjaga hati saudara Islamnya, Bukan menghentam saudara seseislamnya. Sebab itulah ramai saudara baru yang murtad semula kerana perangai orang Islam sendiri yang tidak perihatin."

Saya hanya boleh katakan,

"Manusia semuanya tak sama. Mereka selalu merasakan mereka beriman jauh lebih mulia dari orang yang dilihat dari mata kasar itu sering salah. Padahal mereka telah pon menunjukkan diri mereka tidak beriman pada Allah dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Itulah maksiat lidah yang sering dipandang enteng. Orang sedemikian adalah orang yang tidak peka dengan orang sekeliling. Bersabarlah. Sabar adalah senjata yang paling kuat dalam diri seseorang. Jika kita bersabar, sabar, sabar, sabar dan bersabar nescaya Allah akan bantu dan  berada disamping kita di kala senang dan susah. Itu janji Allah. Percayalah." 


Semoga kita semua hidup dengan keredhaan, keberkatan dan penuh keimanan pada-Nya. Insya'allah

Photobucket

6 ulasan:

  1. Fazi & adam,

    Bersabarlah menghadapi semua dugaan ini. I dh lama mengikuti perkembangan Adam. sejak adam masih blm Islam lagi. I sgt2 bersyukur krn adam mendpt hidayah & memeluk Islam. I rasa adam amat beruntung mempunyai seorg isteri amat2 memahami karier beliau serta dpt membimbing adam utk mendalami Islam. My husband & I suka tgk adam berlakon terutama watak gangster...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan suami saya.

      Sebagai isteri kepada saudara baru, saya sendiri kena kuat. Kalau saya tak kuat, saya takut suami saya akan hilang haluan semula. Perbaiki diri yang serba kekurangan.

      Padam
  2. sabarlah kak...there are those who seriously like to judge without knowing the facts.good to know abg adam has you as his pillar. may both of you stay strong..may both ur heart stays pada jalanNya.amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Roslin :)

      Doakan kami senantiasa berada dilandasan yang betul dan diredhai Allah

      Padam
  3. Alala.. orang2 mcm dengki sgt.. Surga Neraka Allah yg punya kuasa . yg penting tu niat baik dekat hati yg paling dalam.. derma kat masjid pon boleh kene dosa tau if motif tu nak riya and ade maksud tertentu.. Allah yg lebih mengetahui diri kita.. anyways, as for me..Abang Adam boleh dapat pahale, insyaAllah, pasal ape? Bcz beliau dah relakan diri melakonkan watak tsb sehingga boleh memberi pelajaran kpde banyak orang.. memberi pelajaran/ilmu/hikmah adalah sedekah.. apabile kite mengikut hukum islam, Fiqh/syar'i nye mcm tu la.. and then, pahale kedue iaitu keje cari makan adalah ibadah and pahale ketige iaitu bersabar menghadapi caci maki dengki fitnah etc.. btw dah la xpayah dengar suare2 yg sumbang.. keep up your good work humbled man! and for kak fazi keep updating your beautiful blog.. support you guys Always

    Regards,
    ★Billy★

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih Billy

      Setiap pandangan, pujian dan kejian yang diberikan setiap orang, saya cuba ambil berat dan bersabar. Mungkin niat mereka baik tapi cara mereka kurang menyenangkan saja.

      Insya'allah saya akan kerap update blog ini :)

      terima kasih sekali lagi Billy

      Padam

link

Related Posts with Thumbnails