TEMAN

Selasa, 23 Oktober 2012

KELUARGA 2 BUDAYA



Di studio. Pengacaranya Angeline Tan serta tetamu jemputan Louise Chong serta suaminya En Hamid dan kami berdua.

Rakaman untuk rancangan Tahun Baru Cina

Ketika penggambaran


Assalamualaikum :)


Sibuk dengan kerja bila ada cuti, kena teman suami pula. Memang tak dapat berehat. Ahad dan Isnin baru baru ini kami berdua terlibat dengan rakaman rancangan untuk Tahun Baru Cina. Awalnya????

Bagusla buat rakaman awal-awal, tak de la kelam kabut :)

Jangan lupa nanti tonton tau rancangan ini. Nanti saya update tarikh dan harinya :)



Photobucket

Ahad, 14 Oktober 2012

AKU BUKAN JULAIBIB

sebagai ADAM ABDULLAH


Assalamualaikum wahai sahabat.

Menjalani kehidupan seharian memang tak akan habis. Ada sahaja kerja dunia yang perlu dibuat. Jika dunia sahaja yang kita fikirkan memang sampai ke kiamat pon tak habis.

Amanah yang diamanahkan dibahu kita sebagai hambaNya perlu di seiring dengan kerja-kerja dunia kita. Menemani suami semalam untuk berjumpa dengan seorang penerbit telemovie untuk membincangkan watak yang ditawarkan pada suami saya.

Kali ini watak yang ditawarkan berlainan dengan watak yang sering disandang. Iaitu watak seorang pemuda Cina muallaf yang berasal dari keluarga miskin dan akhirnyanya lari ke Kuala Lumpur hidup gelandangan sebagai pencuri. Insiden dengan Haji Sulaiman menyebabkan dia kembali ke pangkal jalan dan akhirnya dikahwinakan dengan Suhada, cucu kepada Haji Sulaiman. Bekerja sebagai pegawai pemasaran. Seorang yang berbudi bahasa, prihatin dan minat mendalami agama Islam.

Semalam, suami saya meminta saya membaca skrip yang diterima dan meminta pandangan tentang jalan cerita dan watak yang ditawarkan. Pandangan jujur saya, setelah sehelai demi sehelai membaca skrip ini hati saya tersentuh kerana sedikit sebanyak ia seperti kisah benar suami saya sendiri.

Sedih jalan ceritanya, suami saya pernah cerita ketika muda-muda dulu nakal, dan pernah tidur bangunan tinggal di ibu kota. Tiap-tiap malam tidur bertemankan sebatang lilin. Esok pagi pergi kerja, seorang rakan sekerja pon tak tahu yang suami saya tidak berumah. Pernah dihalau ayahnya yang garang kerana kesalahannya yang salah di mata ayahnya.

Telemovie memang sesuai dengan suami saya.

link

Related Posts with Thumbnails