TEMAN

Ahad, 30 Disember 2012

KENANGAN KETIKA KANAK-KANAK DULU




Assalamualaikum dan selamat tengah malam. 
Mesti ramai yang sudah tidur dan yang belum tidur mungkin sibuk dengan agenda masing-masing.

Kita sudah berada di penghujung tahun 2012. Rasanya ibubapalah yang paling sibuk waktu sekarang ini. Menyediakan persiapan dan anak-anak yang akan memulakan persekolahan tahun depan. 
Persiapan terahkir untuk anak-anak sekolah selalu berlaku pada saya ketika berada di zaman sekolah dulu. 

Jumaat, 28 Disember 2012

CZ12 : TAK TERKELIP KELIP MATA MENONTONNYA.


Pengarah :
 Jackie Chan
Penerbit: 
Jackie Chan, Stanley Tong, Barbie Tung
Skrip : 
Jackie Chan
Pelakon :
 Jackie Chan, Kwon Sang-woo, Liao Fan,Yao Xing Tong, Zhang Lan Xin, Laura Weissbecker



Fuhhhhh memang best!!!! Rugi kalau tak tonton. Layan ceritanya. 
Pembukaan babak movie  yang menarik. 
Sebelum tonton movie ni, tak faham apa maksud CZ12. Rupa-rupanya maksudnya Zodiak Cina yang terdiri dari 12 jenis haiwan yang mewakili kalendar Cina setiap bulan. 

Rabu, 26 Disember 2012

GANGGUAN ATAU MEMANG TIADA REZEKI LAGI


Assalamualaikum sahabat yang dihormati,

Petang-petang cam ni tiba-tiba pula ada mood nak menulis. Selalu memang malas nak menulis blog. 
Selepas solat zohor tadi, tiba-tiba terfikir pasal apa nak masak untuk hari ini, yang ada cuma ikan kerapu sahaja. Terlintas nak masak ikan kerapu kukus je la. Masak simple simple je dan sihat (hehehesebenarnya dah ada idea nak masak apa). 

Tengah hiris-hiris halia tadi, tiba-tiba teringat pasal usia perkahwinan kami telah pon genap 4 tahun bulan lepas. Tiada sebarang sambutan kali ini oleh kerana suami sibuk dengan kerja di luar kawasan cuma kami video call satu malam borak-borak perkara seharian.

Memandangkan kami sudah 4 tahun kahwin dan masih tidak mempunyai zuriat walaupun kami sebenarnya tiada sebarang masalah setelah pergi buat pemeriksaan dari doktor pakar sakit puan dan kami anggap belum ada rezeki lagi untuk waktu sekarang. Saya pon tak stress nak zuriat secara kadar segera. Allah telah atur waktu yang bersesuaian untuk kami dapat zuriat. Sentiasa berfikiran positif pada keadaan dan Allah. 

Tetapi dalam masa yang masa, saya ada terdengar dan baca mengenai kesukaran mendapat zuriat bukan sebab kita ni mandul secara fizikal tetapi ada makhluk halus atau jin yang menumpang tinggal dalam rahim seseorang wanita. Oleh kerana itu seseorang wanita tersebut susah nak mengandung. 


Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.


Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Ahad, 23 Disember 2012

TENGOK WAYANG : THE HOBBIT


Tengok wayang memang best kan. 
Kali kami tengok wayang The Hobbit. Tengok kat KLCC. Dah lama tak tonton wayang kat KLCC. Terasa seat kecil sangat kerana selalu tonton di TGV Wangsa Walk. Seatnya luas.. Jadi keselesaan terganggu walaupun sebenarnya saiz badan kita bukannya kategori XL. Dan tidak selesa dengan penonoton disebelah yang jadi storyteller dengan rakannya sebelah. Sungguh tidak selesa. Dah la movie ni lama hampir 3 jam. Siap kira 1,2,3 sampai 12 orang hobbit yang ada. Memang menguji kesabaran betul. 

Ingatkan orang kita yang tinggal di bandar ini pandai tatasusila bila menonton wayang. Rupanya masih macam orang jakun yang tak pernah tengok wayang.

Sorry membebel panjang la pula, memang agak stress dan tak boleh nak tumpukan pada movie Hobbit semalam. 

Berbalik pada Hobbit. Nak tengok cerita ini kena beli pop corn saiz Large kerana cerita ini hampir 3 jam. Dan ada babak-babak yang ada perlahan. Kalau ada yang tak faham mungkin akan membosankan. Tapi bagi saya ok, kerana ia ingin menceritakan asal usul cerita ini sebelum The Lord of Ring. Jadi kena sabar dan fokus.. fokus... 


The Hobbit: An Unexpected Journey adalah 2012 fantasi pengembaraan filem yang diarahkan oleh Peter Jackson. Ia adalah pertama tiga bahagian filem adaptasi novel 1937 The Hobbit oleh JRR Tolkien, The Desolation of Smaug and There and Back Again  disebabkan untuk melepaskan teater pada tahun 2013 dan 2014, masing-masing. Trilogi bertindak sebagai prequels Jackson  The Lord of the Rings film trilogy

Cerita ini ditetapkan di Tengah-bumi enam puluh tahun sebelum Tuhan of the Rings, dan bahagian filem yang diadaptasi dari yang Tolkien Lampiran adalah novel The Return of the King. Satu Perjalanan Unexpected memberitahu yang Hobbit Bilbo Baggins (Martin Freeman ), yang yakin dengan Gandalf wizard (Ian McKellen) untuk mengiringi 13 orang kerdil yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield (Richard Armitage) atas usaha seluruh Tengah-bumi untuk menebus Gunung Lonely daripada Smaug naga. Filem ini ditayangkan di New Zealand pada 28 November 2012 dan telah dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada 13 Disember 2012, di mana ia telah diterima bercampur reaksi kritikal positif.

Filem ini ditulis oleh Peter Jackson dan kolaborator lama beliau Fran Walsh dan Philippa Boyens, dan Guillermo del Toro, yang asalnya telah dipilih untuk mengarahkan filem sebelum meninggalkan projek pada tahun 2010.




Saya bagi 4 bintang untuk cerita ini
Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails