TEMAN

Ahad, 30 Disember 2012

KENANGAN KETIKA KANAK-KANAK DULU




Assalamualaikum dan selamat tengah malam. 
Mesti ramai yang sudah tidur dan yang belum tidur mungkin sibuk dengan agenda masing-masing.

Kita sudah berada di penghujung tahun 2012. Rasanya ibubapalah yang paling sibuk waktu sekarang ini. Menyediakan persiapan dan anak-anak yang akan memulakan persekolahan tahun depan. 
Persiapan terahkir untuk anak-anak sekolah selalu berlaku pada saya ketika berada di zaman sekolah dulu. 


Persiapan
Bapa seorang ahli perniagaan yang jarang berada di rumah. Jadi mak lah orang yang menguruskan anak-anaknya untuk persiapan persekolahan.  Saya masih ingat lagi persiapan yang dibuat untuk saya masuk sekolah darjah satu. 

Pada hujung tahun 1984 iaitu pada bulan Disember. Mak dan Abah bawa saya pergi beli kasut sekolah di Jalan Tunku Abdul Rahman di kedai kasut Bata bersebelahan dengan kedai buku Minerva. Seronok sangat, tapi masalah sikit nak cari kasut kerana kaki saya kecil. Kemudian saya di bawa pergi ke Hankyu Jaya di Ampang Park. Masa tu Hankyu Jaya adalah sebuah shopping komplek yang gah bagi saya. Seronok bukan main. Beli baju sekolah, pensil, sapu tangan 
Hankyu jaya



Kotak pensil

Dulu kotak pensil pertama bentuknya macam ni cuma gambarnya lain. Best kotak pensil macam ni. Semua murid-murid mesti beli.
sapu tangan wajib bawa ke sekolah.
Teringat masa sekolah rendah dulu, mak selalu suruh bawa sapu tangan mcm ni. Mak letakkan dlm kocek baju sekolah. Dan hari-hari balik sekolah sapu tangan mesti dah kotor dengan hingus :P Anak mak ni comot dulu.. kadang-kadang tu mak saja bekalkan 2 helai sapu tangan. Satu untuk lap hingus dan satu lagi lap mulut dan tangan lepas makan. Betapa beringatnya mak pada anak mak ni kan.



Pakaian Pendidikan Jasmani dan sukan

Dulu kalau ada pendidikan jasmani, pakaian jasmani ialah t-shirt pasukan rumah sukan dan seluar pendek biru gelap. Sebenarnya malu, kita nak pakai seluar panjang. Tapi ketika itu seluar jasmani memang seluar pendek sahaja. 
Saya rumah biru. Pasukan rumah sentiasa menang 







Dulu mak bagi belanja 50 sen sehari. 
Boleh beli air minum 10 sen
Beli mee goreng/ bihun 30 sen
Baki 10 sen masuk tabung Nuri Bank Rakyat.

Dulu pihak bank datang sekolah menggalakan murid-murid buka akaun bank sebanyak RM10 sahaja.


Oklah nanti sambung lagi, tiba-tiba mata sudah layu.........  Insya'allah kalau ada cerita menarik dan rajin kita sambung mengimbau kenangan lalu yang indah :)

Selamat Malam wahai anak-anak comel





Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails