TEMAN

Rabu, 23 Januari 2013

DON'T FORGET ALLAH

Jangan lupa pada Allah! 

Kita memang selalu lupa pada Allah. Selalu ingat keseronokan diri kita sahaja. 
Bukan saya mengata orang lain. Perkara ini juga selalu berlaku pada diri saya. 

Bila kita sudah gembira dengan diri kita dan keadaan sekeliling kita selalu lupa Allah. 


Bangun sahaja pagi apa yang kita buat? 
Ada yang masih tidur, atau baru nak tidur kerana berjaga malam kerana menonton tv, keluar berjumpa kawan ataupun baru pulang kerja. 
Kita bangun dari tidur pernah tak kita berungut dan mengeluh? 
Alamak kena bangun pagi, nak pergi kerja la pulak? 
Kita bangun pagi sebab nak pergi kerja je ke? 
Tak bersyukur sungguh kita kan ..... Allah dah beri kita nyawa semula setelah dimatikan seketika malam tadi dengan tidur. Ucap Alhamdulillah pon tidak kan. Lupanya kita dengan nikmat Allah. 
Kita solat subuh tak? Kadang-kadang kita rasa solat subuh itu beban kerana kita tak rasa solat itu penting. Minta dijauhkanlah berperasaan dan berfikiran begitu. 

Semuanya bermula pada diri kita, kita selalu lupa pada Allah. 
Bila kita susah baru ingat pada Allah. 
Bila kita senang kita lupa padaNya 
Bila kita muda kita lupa Allah kerana ingin enjoy dulu.
Bila kita dah mula meningkat usia baru nak ingat Allah, itu pon kalau ingat. Ada juga bila dah berusia pon masih tak ingat pada Allah 
Bila kita sihat, kita lupa pada Allah. Padahal sihat juga adalah ujian dari Allah juga.

Ahad, 13 Januari 2013

DIA IMAM KU WALAUPUN BUKAN SEBANGSA DENGAN KU.


Kami dijemput buat sedikit rakaman untuk segmen yang bertajuk Kahwin Campur dalam rancangan Entri Jameela. Kami buat rakaman temubual di Masjid Putrajaya. 





Laman sesawang : http://entrijameela.com/




Sementara menunggu rakaman dibuat, kami suami isteri terjumpa satu booth kaligrafi khat.  Jadi kami ingin abadikan nama kami berdua dalam tulisan khat.

Selasa, 1 Januari 2013

HAPPY NEW YEAR 2013





2013  : Senarai azam yang saya nak lakukan


  • Cuba belajar dari kesilapan, jangan kesilapan yang sama berulang-ulang kali  lagi. 
  • Tepati masa seperti masa saha waktu solat, segera pergi solat.
  • Belajar masak (hahaha saya memang tak pandai masak terutama masak kari)
  • Selalu bersenam
  • Kena kurus. Mesti ade yang gelak kan. Saya dah naik berat badan. Atas permintaan suami :) 
  • Tahun ini kalau boleh tak nak terlalu kuat bekerja seperti tahun lepas. Kerja terlalu kuat, badan selalu sakit kerana tak ada rehat dan masa untuk diri sendiri. Duit banyak pon tak guna.
  • Selalu balik Alor Setar jumpa mak dan abah serta balik Taiping jumpa Mak mertuaku
  • Selalu senyum walaupun tengah susah hati.
  • Belajar redha dengan qada dan qadar


 Arghhhh...... saya tak pandai buat azam. Apa-apa je laa yang bawa kebaikan pada diri ini, suami, keluarga., masyarakat dan agama.

Sekurang-kurang saya ada azam. Kerana azam membuatkan kita bersemangat dalam hidup. :)

Happy New Year 2013

p/s : belajar mengarang dengan baik lagi  seperti di zaman sekolah dulu selalu dapat A untuk karangan.


Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails