TEMAN

Ahad, 13 Januari 2013

DIA IMAM KU WALAUPUN BUKAN SEBANGSA DENGAN KU.


Kami dijemput buat sedikit rakaman untuk segmen yang bertajuk Kahwin Campur dalam rancangan Entri Jameela. Kami buat rakaman temubual di Masjid Putrajaya. 





Laman sesawang : http://entrijameela.com/




Sementara menunggu rakaman dibuat, kami suami isteri terjumpa satu booth kaligrafi khat.  Jadi kami ingin abadikan nama kami berdua dalam tulisan khat.



Masya'allah cantik sungguh hasil caligrafi yang siap. Harga buat caligrafi ini RM50.00 sahaja.
Cantik kan? Apabila kami perhatikan nama kami berdua digadungkan ada nama Muhammad iaitu di dalam nama saya Fazima binti Mohamed Fuad. Manakala dalam nama suami ada ALLAH iaitu di dalam nama penuhnya Adam Corrie Lee bin Abdullah (yang bermaksud  Hamba Allah)



Rugilah kalau dah sampai kat masjid, kita solat dalam masjid kan.....  Ini gambar ketika saya berada di dalam masjid. Cantik sungguh rumah Allah, selesa jemaah yang datang solat di sini. 


Lepas habis ditemuramah disekitar masjid... Kami anbil kesempatan bergambar berdua. 


Semoga masjid kami yang dibina dengan ijab dan kabul, berjemaah bersama di masjid kami diiringi dengan iman dan taqwa dan doa kami ingin menjadi hamba-Mu yang taat  dan izin Mu Ya Allah satu kan hati kami dan gandingkan tangan kami untuk melangkah masuk ke syurga Mu.

Amin


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails