TEMAN

Isnin, 25 Februari 2013

BAGAIMANA ADAM CORRIE MENDAPAT HIDAYAH?




Assalamualaikum sahabat-sahabat. 
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam. 

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

13 July 2007 in Bangunan PERKIM jln ipoh
Hajat ingin membawa isteri pergi Umrah termakbur ketika berdoa di hadapan makam Rasulullah supaya ketika kan jodoh yang kali pertama pergi umrah. Ketika itu masih bujang.



13 Julai 2007,
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?
1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah, baru bulan balik pada fitrah saya dapat jemputan menjadi TetamuNya.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

                               
Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah
Alhamdulillah :) beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang.


Ketika di pulang Malaysia ada rakan-rakan tanya kenapa dahi tu? 
"Kau solat ke kau hantuk dahi ko ke lantai?"
Saya hanya mampu senyum dan saya kata hadiah dari Allah ketika dimenjadi tetamuNya. 

Alhamdulillah :)

                             


Photobucket

Sabtu, 23 Februari 2013

TELEMOVIE : AKU BUKAN JULAIBIB





Assalamualaikum,

Pagi semalam saya dapat tahu di FB ibu pada Fimie Don iaitu Mami yang telemovie Aku Bukan Julaibib akan diulang tayang pukul 9:30malam.

Almaklumlah kami tak dapat tonton tahun lepas, kerana dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, Kedah ketika itu.

Seronok dengar ada ulang tayang rupanya, tapi kami berdua ada rancangan malam semalam dengan menghadirkan diri majlis ilmu Sheikh Habib Ali di masjid.

Kebetulan kami telah langgang astro PVR, jadi memudahkan kami untuk begerak ke sana sini tanpa risau ketinggalan lagi menonton rancangan tv kami. Record je.

Dalam pada yang masa, saya telah jumpa di youtube.com ada rakaman Aku Bukan Julaibib.
Jadi sahabat yang tak pernah tonton boleh lah tonton di youtube.com

Sebuah telemovie yang sarat dengan pengajaran yang perlu dipandang dan ambil berat.

Khamis, 14 Februari 2013

TAHUN ULAR :)


Saya dengan MakMertua tersayang. Saya dapat angpow :)

Suami saya juga dapat angpow dan beli angpow pada mak

3 hari sebelum CNY. Shopping beli hiasan

Siap sedia untuk hias rumah 
Pada hari Tahun Baru Cina. 







Photobucket

Rabu, 13 Februari 2013

ADAM CORRIE MENINGGAL??? MEMANDAI JE?




Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ada orang bertanya pada saya, " Suami awak mati ke?"
Hahahaha bila masa pulak mati. Kasarnya perkataan MATI. 

Inilah manusia, apabila ambil gambar hak milik orang tanpa minta izin kemudian upload dan sebarkan sesuka hati tanpa ada rasa tanggungjawab dan mengelirukan orang sekeliling. 

Gambar ini adalah lakonan untuk drama Tanah Kubur di Oasis musim ke 6. 
Siarannya Jumaat ini pukul 7:30 mlm.







Photobucket

Selasa, 12 Februari 2013

BAGAIMANA NAK AJAK KEKASIH KITA PELUK ISLAM DAN KAHWIN?









Assalamualaikum dan Selamat Petang, 

Saya ada menerima beberapa Private Massage di fanpage Facebook saya bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin. 


Pada pandangan dan dari pengalaman saya : 

1. Sbg seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.

2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.

3.. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami is kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM untuk memahami Islam dengan lebih lanjut. 

Selasa, 5 Februari 2013

SHOOTING FILEM GILA BABY


Filem terbaru suami terlibat Gila Baby 
Suami saya melakonkan watak Chong dalam filem ini. Penggambaran di Klang di sebuah gudang untuk babak yang suami saya lakonkan. 

Seuah cerita komedi. Saya pon tak sabar nak tunggu tayangannya apabila semua selesai. 






Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails