TEMAN

Selasa, 12 Februari 2013

BAGAIMANA NAK AJAK KEKASIH KITA PELUK ISLAM DAN KAHWIN?









Assalamualaikum dan Selamat Petang, 

Saya ada menerima beberapa Private Massage di fanpage Facebook saya bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin. 


Pada pandangan dan dari pengalaman saya : 

1. Sbg seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.

2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.

3.. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami is kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM untuk memahami Islam dengan lebih lanjut. 


4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipon kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.

Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah Si Dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga Solat hajat untuk Si Dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.

5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya.

Berusaha,beribadat, berdoa , tawakkal Insya'allah segala yang diinginkan dimakbulkan.

6. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita.

Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya'allah

Hanya pandangan kecil seorang saudara baru yang hina lagi berdosa di sisi Allah. Sekiranya ada salah silap pandangan saya minta dimaafkanlah.

Wassalam.
ADAM CORRIE






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails