TEMAN

Sabtu, 23 Februari 2013

TELEMOVIE : AKU BUKAN JULAIBIB





Assalamualaikum,

Pagi semalam saya dapat tahu di FB ibu pada Fimie Don iaitu Mami yang telemovie Aku Bukan Julaibib akan diulang tayang pukul 9:30malam.

Almaklumlah kami tak dapat tonton tahun lepas, kerana dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, Kedah ketika itu.

Seronok dengar ada ulang tayang rupanya, tapi kami berdua ada rancangan malam semalam dengan menghadirkan diri majlis ilmu Sheikh Habib Ali di masjid.

Kebetulan kami telah langgang astro PVR, jadi memudahkan kami untuk begerak ke sana sini tanpa risau ketinggalan lagi menonton rancangan tv kami. Record je.

Dalam pada yang masa, saya telah jumpa di youtube.com ada rakaman Aku Bukan Julaibib.
Jadi sahabat yang tak pernah tonton boleh lah tonton di youtube.com

Sebuah telemovie yang sarat dengan pengajaran yang perlu dipandang dan ambil berat.



Suami saya selalu meminta saya membaca skrip yang diterima dan meminta pandangan tentang jalan cerita dan watak yang ditawarkan. Pandangan jujur saya, setelah sehelai demi sehelai membaca skrip ini hati saya tersentuh kerana sedikit sebanyak ia seperti kisah benar suami saya sendiri.


Sedih jalan ceritanya, suami saya pernah cerita ketika muda-muda dulu nakal, dan pernah tidur bangunan tinggal di ibu kota. Tiap-tiap malam tidur bertemankan sebatang lilin. Esok pagi pergi kerja, seorang rakan sekerja pon tak tahu yang suami saya tidak berumah. Pernah dihalau ayahnya yang garang kerana kesalahannya yang salah di mata ayahnya.

Saya sendiri menanggis tontotn cerita ini, sebab dapat rasakan kesedihan yang suami saya rasa ketika dulu. Tambah-tambah tengok suami kita nanggis lagi la

Telemovie memang sesuai dengan suami saya.

Selamat menonton :)


http://www.adamfazi.com/2012/10/aku-bukan-julaibib.html




Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails