TEMAN

Selasa, 26 Mac 2013

SENYUM MANIS SUAMI KU :)




Saya suka gambar suami ni. Senyum je ... Manis je senyumannya. 
Apa yang sayang senyum ni. 



Photobucket

Jumaat, 8 Mac 2013

KITA HEBAT KETIKA KANAK-KANAK




Photobucket

Khamis, 7 Mac 2013

[TENGOK WAYANG] - Jack the Giant Slayer : Memang terbaik









Seronoknya dah lama tak tonton wayang. Kali ini isteri saya telah memilih untuk tonton cerita dogeng yang selalu didengar , dibaca dan ditonton ketika kanak-kanak dulu. Jack the Giant Slayer adalah movie yang kami pilih. 3D lagi tuh. 


Jack the Giant Slayer dahulunya bertajuk Jack Killer Giant adalah sebuah filem untuk tayangan 2013  berunsurkan fantasi pengembaraan, filem yang berdasarkan cerita dongeng, "Jack Killer Giant" dan "Jack & Beanstalk". Filem ini diarahkan oleh Bryan Singer dan bintang Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson, Stanley Tucci, Ian McShane, Bill Nighy dan Ewan McGregor dengan layar ditulis oleh Darren Lemke, Christopher McQuarrie dan Studney Dan. Filem ini menceritakan kisah Jack, farmhand muda yang mesti menyelamatkan puteri dari bangsa gergasi selepas secara tidak sengaja membuka pintu masuk ke dunia mereka.

Kisah ini bermula di sebuah Kingdom of Cloister , seorang kanak-kanak yag tinggal di ladang bernama Jack terpesona dengan kisah legenda Erik, iaitu raja purba yang mengalahkan tentera menyerang gergasi dari alam di langit dengan mengawal mereka dengan mahkota ajaib. Pada masa yang sama, Puteri Isabelle yang juga seorang kanak-kanak menjadi terpesona dengan legenda yang sama.

10 tahun kemudian, Jack pergi ke bandar untuk menjual kudanya untuk menampung kehidupan dan ladang pakciknya. Ketika dalam usaha menjual kuda pakcik nya, Puteri Isabelle telah diganggu dan Jack cuba mempertahankan maruah Puteri tersebut dari kumpulan samseng. Sementara itu, Tuhan Roderick kembali kepada kajian beliau, hanya untuk mendapati bahawa dia telah dirompak oleh sami. Sami menawarkan Jack beberapa biji kacang yang mempunyai kuasa sihir bahawa beliau (Sami) telah mencurinya dari Roderick sebagai cagaran bagi kudanya. Kembali di istana, Isabelle telah berbalah dengan bapanya, Raja Brahmwell, kerana dia mahu untuk meneroka kerajaan, tetapi dia mahu dia berkahwin Roderick. Dalam situasi yang lain pula bapa saudara Jack tegur dia untuk menjadi bodoh sebelum melontar kacang di atas lantai dan meninggalkan rumah.

Selasa, 5 Mac 2013

INILAH BARISAN KITA


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

p/s: Bersemangat saya dengar lagu ini. Mendiang ayah saya seorang askar berpangkat Sarjan.

Photobucket

JADI IMAM? ALAMAK



sekadar gambar hiasan.




Assalamaualaikum, 

Saya ingin berkongsi pengalaman kali pertama menjadi Imam di sebuah surau kecil di sebuah shopping mall. 

Pada ketika itu sudah masuk waktu maghrib, dalam surau tersebut ramai yang sudah siap sedia untuk solat jemaah Maghrib tetapi malangnya tiada siapa yang volunteer untuk jadi Imam. 

Bermulalah acara cuit mencuit bahu rakan sebelah menyebelah untuk menjadi Iman. Tetiba cuitan bahu tersebut sampai ke bahu saya, alamak..... Saya? Dalam hati saya berkata

"tak kan Aku nak jadi Imam di dalam surau ini. Aku seorang saudara baru, ok ke? Tak pelah aku terima sahutan ini"


Tak semena-mena kaki ini terus ke hadapan menjadi Imam waktu maghrib di surau tersebut.

Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Walaupun pada mulanya rasa mengigil dan seram sejuk. Berbekal pengalaman harian menjadi imam berjemaah dengan Isteri di rumah lah sahaja yang saya ada.

ADAM CORRIE




Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails