TEMAN

Selasa, 5 Mac 2013

JADI IMAM? ALAMAK



sekadar gambar hiasan.




Assalamaualaikum, 

Saya ingin berkongsi pengalaman kali pertama menjadi Imam di sebuah surau kecil di sebuah shopping mall. 

Pada ketika itu sudah masuk waktu maghrib, dalam surau tersebut ramai yang sudah siap sedia untuk solat jemaah Maghrib tetapi malangnya tiada siapa yang volunteer untuk jadi Imam. 

Bermulalah acara cuit mencuit bahu rakan sebelah menyebelah untuk menjadi Iman. Tetiba cuitan bahu tersebut sampai ke bahu saya, alamak..... Saya? Dalam hati saya berkata

"tak kan Aku nak jadi Imam di dalam surau ini. Aku seorang saudara baru, ok ke? Tak pelah aku terima sahutan ini"


Tak semena-mena kaki ini terus ke hadapan menjadi Imam waktu maghrib di surau tersebut.

Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Walaupun pada mulanya rasa mengigil dan seram sejuk. Berbekal pengalaman harian menjadi imam berjemaah dengan Isteri di rumah lah sahaja yang saya ada.

ADAM CORRIE




Photobucket

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah,

    yang penting ada usaha dan daya untuk jadi lebih baik Abg Corie :) InsyaAllah

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails