TEMAN

Isnin, 8 April 2013

ALLAH ADA PERANCANGAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI










Saya sering diajukan pertanyaan mengenai dah berapa orang anak? Terima kasih kerana begitu prihatin dengan saya. Saya amat hargai :) 

Saya belum ada zuriat lagi. 
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
Kami selalu berpendapat, mungkin Allah memberi kami ruang untuk melengkapkan diri dengan ilmu kasih sayang, ilmu kekeluarga, ilmu dunia dan ilmu akhirat sementara ada ruang masa mencari ilmu. 

Dan juga mungkin Allah sedang mencari roh-roh sesuai lagi soleh dan solehah dari syurga untuk diberikan & sebelum ditiupkan ke rahim saya sebagai anak kami berdua. 

Itulah yang kami berdua doa setiap hari ingin kan zuriat yang soleh dan solehah yang akan lahir menjadi seorang hamba Allah yang soleh/solehah, memberi manfaat pada Agama dan masyarakat di atas muka bumi-Nya dengan taat. 

Tapi kami akan tetap terima dengan redha jika tiada zuriat dan mungkin kami akan dapat ganjarannya di akhirat dengan berkat kesabaran menghadapi ujian dan anugerahNya.

Kami selalu bersangka baik dengan setiap perkara. Allah tahu dan ada rancangan yang lebih baik untuk kami berdua suami isteri dan tangguhkan dan simpan doa kami kerana ingin kami dekat denganNya.
Percaya pada Qada dan Qadar Nya. Insya'Allah.... :)



Photobucket

5 ulasan:

  1. bersabar ye..begitu juga sy..
    sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaek buat kita..byk2kn berdoa..:)

    BalasPadam
  2. sesungguhnya Allah takkan menduga kita kalau kita tak mampu....bila baca apa yang akak tulis menaikan balit semangat rasa percaya yang Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...saya sudah berkahwin 3 tahun.saya tidak mempunyai zuriat.tetapi setelah saya buat ivf di hosp pantai bangsar di bawah jagaan dr adilah ahmat,Alhamdulillah saya sekarang sedang hamil. saya harap awak juga akan mempertimbangkan utk mendapat rawatan kesuburan di sana.semoga Allah akan mengurniakan zuriat yg soleh dan solehah utk kita....aaminnn....

    BalasPadam
  4. Saya juga dh menanti 4 tahun.. Perancangan Allah lebih baik..insyaAllah :-)

    BalasPadam
  5. ku p0n mencubq dngn sbr menqnti rqncqngqn qllqh

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails