TEMAN

Selasa, 23 April 2013

APA ADA PADA NAMA??? NAMA KAN SATU DOA...... :)

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat.

Saya ada diajukan soalan penukaran nama setelah balik fitrah.

Soalan
Kenapa saudara tidak kekalkan nama Cina walaupun sudah balik pada fitrah. Nama dalam bahasa apa sekali pon sekiranya bermaksud baik tidak jadi masalah.
Adakah saudara adam menjadi mangsa dipaksa tukar nama setelah balik pada fitrah?


Jawapan
Untuk pengetahuan sahabat, sejak dari kecil saya tidak pernah membahasakan diri saya sendiri dengan nama Cina saya kecuali dengan keluarga terdekat sahaja . Itu pon bukan nama yang di daftar dalam surat beranak dan IC, hanya menggunakan nama panggilan dalam bahasa Cina seperti Ah Hock, Ah San, Ah Peng (itu semua nama panggilan yg sering di gunakan orang Cina).

Kebanyakan (bukan semua) orang Cina sendiri tidak menggunakan nama Cina mereka dalam kehidupan seharian. Mereka akan menggunakan nama panggilan seharian dgn nama English untuk memudahkan pergaulan seharian.

Ketika saya meningkat dewasa saya menggunakan nama English iaitu Corrie Lee.

Macamana saya boleh tukar nama saya sekarang. Setelah mengucap 2 kali syahadah di Perkim, Ustaz di Perkim bertanya adakah saya ingin mengekalkan nama Cina atau ingin menukar nama?

Dengan sepontan saya memberitahu nama baru saya ialah Adam Corrie Lee bin Abdullah buat pertama kalinya. Dan saya selesa dengan nama ini hingga sekarang.

Tukar nama atau tidak, terpulang keselesaan individu tersebut.

Semoga dengan pencerahan ini, sahabat semua lebih faham dan tidak keliru dengan sesetengah situasi saudara baru seperti saya yang buat penukaran nama setelah balik fitrah.

Wassalam,
ADAM CORRIE







Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails