TEMAN

Khamis, 4 April 2013

HORMATI HAK DIRI SENDIRI DAN ORANG SEKELILING :)

HEADER FB - PERSONAL & PAGES ADAM CORRIE

HEADER FB FAZI FUAD

Pendirian Kami
Demam PRU13 sudah bermula. Pelbagai agenda politik sudah bermula sebelum pengumuman dilakukan. Apabila diumukan sahaja, segala strategi, dan senjata politik mula dikeluarkan oleh mereka walaupun mereka hanya seorang rakyat yang menyokong sesebuah parti.

Hak kita sebagai rakyat ialah memilih kerajaan yang kita rasa sesuai untuk memerintah negara kita. Gunakan hak kita dengan berhikmah sebagai rakyat dan jangan lupa jaga tatasusila kita.

Pada ketika ini, kita boleh lihat banyak permusuhan akan berlaku sekiranya silap percaturan bahasa kita.  Saya masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak lagi. Ketika itu di sekolah rendah, kawan-kawan tanya

"Awak sokong mane? Kita sokong parti  'XXXXXX'



Ohh dia sokong pati itu? Saya nak sokong parti mana ye? Apa itu parti? Kenapa mesti sokong parti-parti ini? Hmmmmmm . Lalu saya menjawap soalan dia.

"Saya sokong parti "OOOOOO" sebab kelaurga kita sokong parti ini."  

Saya main cakap je padahal apa perjuangan mereka pon saya tak tahu ketika itu.

Bila balik rumah saya tanya mak,

"mak sokong parti mana ye? Kawan-kawan kita kat sekolah tanya dan dorang cakap dorang sokong parti tu, parti ini? Kenapa kena sokong parti-parti ini mak? Dorang nak buat parti apa ye? Birthday party ke ?" 

Mak jawab,

"Ooooooo sokongan dan undi kita adalah RAHSIA. Tak boleh bagitau kat sesiapa pon. Supaya kita dapat menjaga hati perasaan kawan kita, adik beradik kita, dan orang sekeliling. Masa mengundi jalankan je tanggungjawab kita sebagai rakyat."

Saya masih tak faham, tapi buat-buat faham. Sampai sekarang saya masih tak pasti mak sokong parti mana. Pandai mak simpan rahsia demi menjaga semua orang dan keselamatan diri dari dosa.

Jadi saya juga perlu begitu. Demi menjaga hubungan silaturahim kita semua dan jauh dari segala fitnah.

Sebelum kita nak buat sebarang keputusan saya selalu sarankan pada diri sendiri supaya kita mendirikan solat sunat taubat supaya diri kita sentiasa bersih dari dosa yang kita sedari dan tidak sedari. Dengan melakukan solat taubat,  InsyaAllah diri kita bersih dari dosa. Apabila bersih dari dosa, doa-doa kita senang hendak dimakbulkan oleh Allah.

Kemudian lakukan solat Istikarah selepas solat taubat. Solat Istikarah ini untuk kita mendapat pertunjuk dalam semua perkara sekiranya sering melakukannya. Tak kiralah melalui gerak hati yang kuat, mimpi ataupun peristiwa yang terjadi.

Lalu kita buatlah solat hajat supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul, tetapkan iman dan jangan pesongkan hati kita dengan perasaan yang negatif.

Sudah buat yang sunat , jangan pula tinggalkan Solat farhdu. Itu WAJIB.
Dah buat kebaikan dan suruhanNya maka tinggalkanlah laranganNYa.

Insya'Allah semua ok :)

Kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita :)

Photobucket

1 ulasan:

  1. Hmm setuju, undi anda adalah rahsia.. undi saya juga adalah rahsia. tapi skrang ramai sgt yg bangga dia undi sekian sekian org.. dah tak ada rahsia lagi undi dia tu. =)

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails