TEMAN

Jumaat, 24 Mei 2013

SAYA PON NAK MUFIN



Salam Jumaat sahabat :) 
Semalam saya buat mufin untuk diberikan pada seorang sahabat saya ini sempena menyambut anak barunya di majlis cukur jambul esok. 

Ada lebih baki adunan mufin. Saya bagi kat suami dan anak saudara iaitu Yong. 
Mereka berebut nak cop mufin yang mereka inginkan.. 






Tadaaa...... kita tukang amek video je :) 


Photobucket

Selasa, 7 Mei 2013

MARAH ITU API SYAITAN TAU :)






ANDA MARAH-MARAH & GADUH GADUH? 
JADI MISI SYAITAN SUDAH BERJAYA PECAH BELAHKAH KITA SEMUA. 

SYAITAN SEDANG GELAKKAN KITA SEMUA...  


Masa untuk buang semua aura negatif. 
Ambil aura positif ... 
Senyum selalu...
Selalu lapang dada....
Jangan cepat marah..... Marah itu api syaitan... 
Nak marah je... ambil wudhuk.. 

tips di FB... 
Nampak aura negatif di fb je ... 

kita boleh HIDE dan REMOVE TAG dan DELETE. 
Semuanya diterpulang pada kita bagaimana kita pengawal keadaan. :) 
Saling hormat menghormati sesama makhluk Allah. 
Jangan gaduh-gaduh... Bila kita bergaduh dan marah-marah.... 
Maka misi SYAITAN sudah berjaya untuk memecah belahkan anak cucu cicit ADAM & HAWA. 


Jangan jadi begitu. Bacalah doa ini untuk menghilang perasaan marah dalam diri. 

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi. 

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

atau 

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu. 

“Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”



-----------------------------------------

Hari ini suami saya ada post statement mengenai 'marah dan gaduh ' di page beliau. Statement berikut  seperti atas.  Tujuan suami saya menulis mengenai 'marah dan gaduh' kerana awal-awal pagi sahaja buka FB dah nampak aura negatif tersebar luas. Demam PRU tak habis lagi. 

link

Related Posts with Thumbnails