TEMAN

Selasa, 7 Mei 2013

MARAH ITU API SYAITAN TAU :)






ANDA MARAH-MARAH & GADUH GADUH? 
JADI MISI SYAITAN SUDAH BERJAYA PECAH BELAHKAH KITA SEMUA. 

SYAITAN SEDANG GELAKKAN KITA SEMUA...  


Masa untuk buang semua aura negatif. 
Ambil aura positif ... 
Senyum selalu...
Selalu lapang dada....
Jangan cepat marah..... Marah itu api syaitan... 
Nak marah je... ambil wudhuk.. 

tips di FB... 
Nampak aura negatif di fb je ... 

kita boleh HIDE dan REMOVE TAG dan DELETE. 
Semuanya diterpulang pada kita bagaimana kita pengawal keadaan. :) 
Saling hormat menghormati sesama makhluk Allah. 
Jangan gaduh-gaduh... Bila kita bergaduh dan marah-marah.... 
Maka misi SYAITAN sudah berjaya untuk memecah belahkan anak cucu cicit ADAM & HAWA. 


Jangan jadi begitu. Bacalah doa ini untuk menghilang perasaan marah dalam diri. 

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi. 

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

atau 

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu. 

“Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”



-----------------------------------------

Hari ini suami saya ada post statement mengenai 'marah dan gaduh ' di page beliau. Statement berikut  seperti atas.  Tujuan suami saya menulis mengenai 'marah dan gaduh' kerana awal-awal pagi sahaja buka FB dah nampak aura negatif tersebar luas. Demam PRU tak habis lagi. 

Kalau marah macamana pon jangan sampai memaparkan kebodohan kita. Apabila kita marah, kita akan bercakap bermacam-macam perkara yang negatif dan takut apabila kita marah, kita akan menokok tambah cerita tanpa kit asedari untuk menunjukkan yang diri kita ini betul di mata orang lain. 

Dari pemerhatian saya, ramai yang bersifat terbuka,  ada juga suka bersifat pentingkan agenda dan ada yang untuk kepentingan mereka sendiri atau menyokong mana pihak-pihak yang mereka rasa betul. 

Apabila kita berada di dalam rumah orang (PAGE FB) lain, janganlah kita buat macam rumah sendiri dengan sesuka hati terpekik pekik bercakap. Cakap biar lembut... penuh sopan santun. Kerana itu semua akan mencerminkan diri kita. 

Harap-harap kita lebih banyak bermuhasabah. Jauhi segala maksiat lidah. 

Nabi SAW bersabda maksudnya : 
"Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". 
(Hadis Riwayat Muslim)

------------

Daripada Abu Hurairah r.a.: 

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Kefahaman Hadis:


Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.

Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, 
(al-Fath : 6) (Thoha :81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.

Cara untuk menghilangkan sifat marah :

Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

Pengajaran hadis:



Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.




Antara komen-komen di FB suami saya.






p/s: Kalau marah kita, ia tak baik untuk minda kita dan juga kesihatan kita :) tak gitu








Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails