TEMAN

Ahad, 11 Ogos 2013

TARBIYAH RAMADHAN SUDAH DILUPAKAN APABILA SYAWAL DATANG ?




Ramadhan tiba kita jaga tutur kata kita,
lempar senyuman manis, tak mengumpat,
lidah selalu berzikirullah,
kaki melangkah ke tempat yang baik,
tangan selalu menghulurkan derma,
perut dijaga dengan makan makanan halal,
telinga hanya mendengar tazkirah dan yang baik sahaja,
hati selalu bersangka baik... Ingat pada Allah
Doa yang baik-baik untuk semua orang. "Semoga kita diberkatiNya"

Syawal tiba kita mula mengeluarkan kata-kata nista, umpat mengumpat, tidak senyuman manis, bertengkar sesama kita,
lidah selalu mengeluarkan kata laser,
kaki tidak lagi melangkah kerap ke tempat yang elok malah ke tempat sebaliknya,
perut di isi dengan penuh-penuh dengan tak tahu sumber halal/syubhahnya.
telinga mula mendengar gossip, aib orang dan khabar angin
tangan mula melakukan perkara yang tak elok,
hati selalu bersangka tak baik, jarang ingat Allah
Doanya pula seperti menyumpah orang. " Semoga kau mati cepatlah, meluat aku tengok kau"
Kesian Syawal.... dilayan sebegitu sekali..... Mana tanda kemenangannya?
Mana tanda gembiranya kita pada Syawal?

Baru Ramadhan pergi.. kita sudah lupakan Ramadhan bulan mendidik jiwa kita....
kita tidak menyambut Syawal sebagai tanda kemenangan setelah berjaya melakukan ibadah di bulan Ramadhan tetapi kita Menyambut kebebasan syaitan dengan hati terbuka tanpa kita sedari...


Rindu jiwa  Ramadhan....  Semoga berterusanlah tarbiyah Ramadhan dalam diri kita.
Ingatan keras dan renungan untuk diri sendiri yang selalu lupa.....  :(






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails