TEMAN

Ahad, 29 September 2013

Dragon ialah samseng sebenar, dia tidak main dadah dan tidak main perempuan. - ADAM CORRIE



ADAM CORRIE LEE menyifatkan permainan karakter antagonis juga memerlukan disiplin lakonan.

Antagonis bukan klise - Corrie
"Nama saya Dragon, dalam bahasa Melayu dragon ialah naga. Naga tahu di mana harus diam dan bila harus bertindak," bicara Adam Corrie Lee Abdullah tentang wataknya.
Telah sekian banyak tersaksi dalam filem-filem terdahulu, Corrie yang juga pereka tari itu selayaknya bergelar pembelasah watak antagonis yang meyakinkan.


Berlakon dalam lebih 10 buah filem  (20 buah  filem) yang kebanyakannya menyarungkan wajah penjahat ataupun gengster Cina, Corrie juga salah seorang gengster yang dipertaruhkan dalam KL Gangster 2. Melanjurkan sisi awal bagaimana ketuanan Dragon dalam KL Gangster pertama menjadi kepala samseng besar, ujar Corrie apa yang disajikan kepada penonton kali ini bukan sekadar pelengkap kronologi.
"Dragon bukan geng Tailong, mereka sama-sama cari makan tetapi dia tahu dengan siapa dia boleh buat kerja. Dalam prekuel KL Gangster ini, Dragon tak banyak pertarungan solo, tak macam dalam KL Gangster yang pertama," katanya sambil menegakkan kewujudan watak antagonis bukanlah persoalan klise yang harus dibangkitkan.
"Hero juga boleh jadi stereotaip, jadi kenapa watak jahat yang selalu dikatakan stereotaip. Sebenarnya, terjemahan watak sangat subjektif," kata Corrie.
Bercerita lagi tentang Dragon, watak itu disifatkan Corrie sebagai watak jahat yang memiliki disiplin.
"Dragon ialah samseng sebenar, dia tidak main dadah dan tidak main perempuan. Sebab itu apabila Tailong sudah keterlaluan, Dragon putuskan untuk tidak masuk campur," beritahu Corrie sambil merujuk KL Gangster sebagai sebuah filem gengster yang hampir sempurna 'undang-undang' gengsternya.
Kata Corrie: "Situasi itu tidak nampak secara langsung tetapi sebagai pelakon gengster, kami kena sedar pangkat dan kedudukan. Jangan ada perasaan cemburu, masa diam, kita diam, orang bawah tidak boleh lawan orang atas, kena tunjuk hormat. Jahat pun ada banyak peringkat.
"Sebagai Dragon, saya cuba bawa sifat naga. Macam King, dialah raja dan naga harus jadi naga, dia harus dihormati sebagai Dragon. Dalam soal itu, saya tabik spring kepada Syamsul, dia pandai susun watak dan bagi ruang sama rata kepada setiap pelakon. Itu juga kenapa Dragon dalam KL Gangster yang pertama menyerlah dan ramai boleh ingat dialognya walaupun bukan watak utama."


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2gH5pMLPk 
Hakcipta terpelihara 





Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails