TEMAN

Rabu, 25 September 2013

REDHA ALLAH ITU YANG DIINGINKAN




Assalamualaikum, 
Petang semalam saya terima CD Qasidah dari Maahad Tahfiz Arrahimiyah Taiping. Minggu lepas mereka ada buat rakaman qasidah di InTeam Record. Dua orang anak abang saya belajar hafaz al-Quran di sana. Mereka salah seorang yang sertai recording qasidah tersebut. 

Seronok tengok anak-anak yang membesar dalam suasana yang diredhai Allah. Cita-cita kami suami isteri sekiranya anak zuriat kelak ingin sekali menghantar mereka masuk Maahad Tahfiz. Sejuk mata memandang dan sejuk hati merasainya.. 

Video ini saya buat semalaman.. Video ini siap pukul 3.00 pagi tadi. Saya tuju khas buat suami tercinta. Selepas siapa video ini, hati saya sayu melihat perkembangan suami dalam usaha mencintai Islam. 

Dengan harapan sebagai Isteri, semoga dengan sedikit sokongan dari diri ini suami ku akan tetap berada di jalan yang benar. Bukan senang bersuamikan Saudara Baru kalau tak kuat semangat, air mata jujur ke tanah kerana cuba menepis anasir luar mempengaruhi suami supaya melencong dari landasan Islam. Hanya Allah Maha Mengetahui... 

Jika hati ini tak kuat, rasanya kami berdua hanyut dengan tipu daya dunia yang sementara ini. 

Syukur alhamdulillah :) 


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails