TEMAN

Khamis, 31 Oktober 2013

Hidup Harmoni Dalam Rumah Tangga dan Selalu berbaik Sangka


Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, 

"Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: 

"Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 

"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW.


Pejabat ku beratapkan langit biru kadangkala hitam memekat. 

Lantai pejabatku berpermaidanikan tanah serta rumput. 
Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah berikan. 



Senyum selalu dan selalu berbaik sangka




Saling berpesan dalam rumahtangga itu perkara yang baik. 


Kadang-kadang kita tak nampak apa yang berlaku pada diri kita, 
pasangan halal kita yang lebih kenal kita dan menjadi alarm pada diri kita kalau ada yang tak kena. 



Senyum selalu dan cuba berbaik sangka dengan setiap perkara






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails