TEMAN

Ahad, 24 November 2013

TELEMOVIE : BIBIR TANPA ZIKIR





Borak Lokasi: Berdakwah menerusi drama

Berbanding orang lain, pengarah dan pelakon Khir Mohd Noor agak jarang mengarah drama iaitu kira-kira enam telefilem setahun. Selain sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir bukan jenis yang suka memanjat tangga syarikat produksi untuk meminta ‘job’.
Baginya, rezeki ada di mana-mana dan dia berbesar hati sekiranya penerbit menawarkan peluang itu berdasarkan kemampuannya. Justeru, apabila diberi kepercayaan me­ngarahkan telefilem Bibir Tanpa Zikir, dia yang pernah menimba pengalaman dari bawah sebagai pe­ngurus produksi, cuba menghasilkan­nya agar menjadi sebuah garapan terbaik. 
“Peluang mula dibuka oleh Kuasatek Pic­tures Sdn Bhd sehinggalah saya menimba pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Sekarang peluang diterima daripada Enuja Production Sdn Bhd pula sejak dua tahun lalu. Termasuk telefilem ini, saya sudah empat kali bekerjasama dengan mereka. 

“Semua drama ini bergenre berat dan ini antara yang digemari saya. Apatah lagi saya suka buat drama berat yang ada elemen Islamik di dalamnya. Berdakwah tak semesti­nya menerusi ceramah. Cara orang seni berdakwah ialah menerusi penceritaan. Orang yang buat keburukan akan menerima pembalasan terhadap perkara yang dilakukannya,” katanya di lokasi penggambaran di sebuah hotel bajet di Prima Sri Gombak, baru-baru ini.

Menurutnya, jalan cerita Bibir Tanpa Zikir yang bagus memudahkan dia menterjemahkan idea untuk memasukkan elemen-elemen Islamik yang difikirkan perlu. Bagaimanapun ia dibuat menerusi perbincangan bersama de­ngan penerbit dan semua yang terbabit dalam telefilem ini.

“Skrip­nya membawa mesej berguna mengenai se­orang isteri yang derhaka kepada suami­nya yang juga se­orang mu­alaf. Saya tahu kehendak skrip dan perlu tokok tambah mana-mana babak yang sesuai. Ini boleh menimbulkan tarikan untuk penonton mengikuti drama ini. 

“Dalam pada itu saya dibantu oleh penampilan pelakon yang bagus ia­itu Lisda, Adam Corrie dan Normah Damanhuri yang berlakon. Pelakon yang bagus akan memberikan hasil yang bagus. Malah mereka akan bagi lebih lagi. Secara tak langsung ini akan mencantikkan lagi hasil telefilem ini. Kalau barisan pelakon tak kuat pula, saya bertang­gungjawab menjadikan mereka lebih baik,” kata­nya. 

Secara kebetulan, peng­gambaran yang baru memakan masa dua hari itu ketika itu berdepan masalah yang tidak dijangka. Pelakon wanita asal yang memegang watak utama menarik diri secara mengejut sebelum digantikan oleh Lisdawati. Bagi Khir segala yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. 

“Saya anggap ini adalah masalah yang sinonim terjadi dalam pembikinan telefilem. Ada pelakon yang tak yakin dengan diri sendiri dan akhirnya bertindak tinggalkan set. Syukur kerana Lisda yang menggantikan tempatnya bukan calang-calang pelakon. Dia dapat menggalas tanggung­jawab dengan baik biarpun menerima tawaran pada saat akhir. 

“Disebabkan masalah ini, kami terpaksa buat penggambaran semula sebanyak 25 peratus. Tak dinafikan ini agak menyusahkan tapi sebagai pengarah saya kenalah selesaikan masalah dan bukannya mencetuskan lagi masalah. Saya kena bertindak sebagai kapten yang baik. 

“Penggambaran yang sepatutnya memakan masa selama enam hari juga terpaksa ditambah menjadikannya sepuluh hari tapi saya beruntung kerana kru-kru yang sepatutnya sudah ambil ‘job’ lain masih setia untuk menghabiskan projek ini. Cuma, saya anggap pelakon yang buat hal begini tak boleh pergi jauh dalam kariernya,” katanya. 

Khir berbangga kerana setiap telefilem arahannya berjaya dicalonkan dalam majlis anugerah, tetapi tidak bernasib baik untuk menang. Namun dia berbangga kerana sekurang-kurang­nya hasil kerjanya membuka mata penggiat industri seni tempatan. 

Jumaat, 15 November 2013

TIADA RAHSIA, KEJUJURAN DAN SALING PERCAYA ITU PENTING




Tiada rahsia antara kami.
Saya selalu baca semua msg, di hp, whatsapp, line, emel, instagram, twitter dan fb suami saya.
Suami saya juga tiap-tiap hari baca semua msg, instagram, emel, whatsapp, line, twitter dan fb saya
Kami tahu password media sosial masing-masing.
Sebab suami saya adalah pengawal peribadi saya.
dan saya juga adalah pengawal peribadi isteri saya
Jadi dari situ kami boleh tahu siapa kawan dan musuh masing-masing
Ada yang tak kena, kami saling menasihati
Kalau tersilap pilih kawan boleh meruntuhkan rumahtangga dan akhlak kita.
senyum selalu, senyum itu sedekah dan selalu berbaik sangka.
wallahualam bisawab

Photobucket

Khamis, 14 November 2013

TUDUNG LABUH DAN PENGAWAL PERIBADI ?






Kisah Hari Itu

AB: Isteri awak ustazah ke?
ADAM CORRIE : Dia bukan ustazah, dia pengawal peribadi saya.
AB : Pengawal peribadi? Kalau pengawal peribadi kenapa pakai tudung labuh macam ustazah.
Adam Corrie: Sebab dia pengawal peribadi saya di dunia lah, dia pakai tudung labuh sebab dia tak nak suami dia tanggung dosa sekali kalau dia tak tutup aurat dengan sempurna.

Mencari ilmu untuk perbaiki diri bukan untuk berdebat dan menunding jari pada orang lain.

Senyum selalu, senyum itu sedekah dan selalu bersangka baik dengan sesuatu perkara.





Photobucket

Isnin, 4 November 2013

HIJRAH KU 1435H




Assalamualaikum sahabat di alam maya ku.
Tanpa kita sedari kita sudah melangkah ke tahun 1435H. Alangkah cepatnya masa berlalu..  Seperti di dalam Surah Al-'Asr



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Begitulah diri ini terasa sentiasa di dalam kerugian kerana terasa cepat betul masa berlalu, sudah masuk tahun baru. Apabila dipandang ke belakang untuk tahun 1434h, banyak lagi ruang-ruang masa tidak di isi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Walau bagaimanapon ada peningkatan sedikit dari tahun yang sebelum itu. 

Semoga tahun ini dapat kami dapat menjadi insan yang lebih dan lebih taat padaNya. Lebih menetapi masa pada waktu solat.

Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails