TEMAN

Rabu, 17 Disember 2014

HORMATILAH IBU SEKALIPUN BERLAINAN AGAMA






Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."



Huraian Hadith:

1. Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.
3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

#adamcorrie #hadith #family #cinaMuslim #romantikaAstro #Jakim

Diriwayatkan oleh Imam Bhukari dn Imam Muslim didalam kitab Adab Mufrad.








Photobucket

Selasa, 16 Disember 2014

KL YES FEST











Team #BESTLAH di ketuai oleh ketua kontinjen saudari @yatthamzah akan membawa pasukannya berentap dalam misi #hargarailingtinggaltulang di KL Year End Sale FEST 2014, Festival Nombor Satu Malaysia

CEO amat berbangga melihat semangat kekitaan dan keusahawan yang dipamerkan team #bestlah ni

Selebriti selebriti ini pun melalui procedure yang sama dalam Mood Republik tiada beza. Usaha mereka utk join kami di Mood Republik adalah langkah luar biasa hebat

Kualiti dan nilai persembahan perniagaan mereka cukup mengujakan! Terpancar keikhlasan!

Wajib serbu depaaa nanti naaaa!






Photobucket

Jumaat, 12 Disember 2014

ISTERI MERAJUK? ITU BIASA :)








Sunnah dlm rumah tangga

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA -

Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." 

(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)




LOKASI : PHNOM PENH, CAMBODIA
TARIKH : 8 DISEMBER 2014




Photobucket

Jumaat, 29 Ogos 2014

Istiqamah Adam Corrie



NORHIDAYYU ZAINAL & FOTO: ROSLI TALIB



SETELAH hampir lapan tahun memeluk Islam, aktor, Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Corrie mengakui masih giat mendalami ilmu agama sehingga ke hari ini.
Bukan itu saja, pemilik nama asal Lee Choon Kooi ini nekad untuk terus istiqamah terhadap pegangannya itu demi mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ahad, 17 Ogos 2014

BOIKOT !!! BOIKOT AKHLAK TAK ELOK KITA DULU

Di dlm Masjid Al-Aqsa

Ada hamba Allah bertanya pada saya 

adakah saya memboikot barangan Israel?
Ya saya ada memboikot tp dengan cara saya sendiri.

bagaimanakah cara saya memboikot? 
Saya cuba memboikot dari dalam diri saya dulu. Mungkin ada cara hidup saya seperti org Israel atau Yahudi yg tidak baik telah saya ikuti. Secara berperingkat-peringkat. Seperti solat dan carahidup.

Saya cuba memboikot dengan cara berhikmah dan apa yang saya mampu.
Bukan dengan cara membakar dan memijak bendera mereka. Kerana ia memberi pandangan, cerminan yg tidak manis / tidak elok sebagai seorang Muslim kepada golongan not yet muslim yg selalu memerhati Islam atau yang cuba mendekati Islam.

Kerana Islam adalah agama kesejahteraan. Dalam bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

Boikotlah dan berdakwah dengan penuh hikmah melalui akhlak dan berilmu.
Jangan boikot mengikut perasaan dan memburukkan Islam dgn akhlak kita sendiri tanpa kita sedari.

Kenapa golongan not yet Islam selalu pandang serong dgn kita?
Kerana akhlak kita. Kita yang burukkan Islam di mata mereka melalui akhlak yang kita tonjolkan.

untuk ingatan dan musabah diri saya sendiri ADAM CORRIE

senyum selalu
selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

p/s : minta maaf kalau ada yang tidak setuju dgn pandangan saya. Kita jgn pandang pd satu sudut saja. Pandanglah dari pelbagai sudut. Dakwah kita luas. Fikir berjuta-juta kali sebelum kita bertindak mengikut perasaan.
Tanya diri sendiri ...

"Adakah tindakan aku ini akan memburukkan Islam?"





Di belakang saya adalah jemaah wanita sdg solat terawih di Qubbat As-Sakhrah dan ia bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.
Manakala Jemaah lelaki pula solat di Masjid Al Aqsa.

Qubbat As-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis di kawasan Al Haram Al Sharif. Qubbat As-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh daripada bangunan ini. 







Photobucket

Selasa, 12 Ogos 2014

KELAS USRAH FITRAH : ADAB ZIARAHI MENZIARAHI. -




Usrah Fitrah
Kelas : pengajian fiqh
Pengajar : Ustaz Shahrizan Daud
Isnin 11/8/2014

Ziarah menziarahi adalah salah satu cara untuk menyambung tali silaturahmi dan persaudaraan yang dianjurkan dalam Islam,namun sebagaimana kita ketahui bersama bahwa tata krama dalam bertamu harus tetap dijaga agar tujuan bertamu itu dapat tercapai
.
Dalam Islam diberi bimbingan dalam bertamu, yaitu jangan bertamu pada tiga waktu aurat ialah sehabis zuhur, sesudah isyak, dan sebelum subuh. 

Allah SWT berfirman:
 “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum balig di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
(QS An Nur : 58)

Jumaat, 8 Ogos 2014

Ashabul Kahfi - Cave of The Seven Sleepers




Kenangan saya di lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Selanjutnya boleh baca al-Quran dan tafsirnya surah Al-Kahfi .
Ambil pengajaran dari surah ini.

Esok hari Jumaat.
Eloklah kita baca surah alKahfi.

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”




Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang



Photobucket

Isnin, 4 Ogos 2014

Jangan menangis kerana mereka tak mahu berkawan dgn kita Tapi menangislah kerana mereka dan kita menjauhkan diri dari Allah


Jangan kita sedih, apabila kawan-kawan yg rapat dgn kita menjauhkan diri dari kita kerana tak senang dengan perubahan kita yang ingin mendekati Allah. .

Kerana Allah akan dekatkan dan hadiahkan kita insan-insan yang baik untuk kita memperbaiki diri dan tunjukkan jalan yang lurus menuju ke Jannah. InsyaAllah

Jangan menangis kerana mereka tak mahu berkawan dgn kita
Tapi menangislah kerana mereka dan kita menjauhkan diri dari Allah

Kawan dan persekitaran yang baik sangat penting untuk kita terus bermujahadah dalam memperbaiki diri.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

p/s : gambar (bulan lepas) ini di ambil ketika saya di Jordan. Kami dalam perjalanan ingin ziarah tempat kelahiran Nabi Isa










Photobucket

Ahad, 3 Ogos 2014

Taqaballahu minna wa minkum









Rasulullah s.a.w.  biasa mengucapkan
 "taqabbalallahu minna wa minkum" 
kepada para sahabat, yang ertinya semoga Allah menerima aku dan kalian. Maksudnya menerima di sini adalah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan.



Photobucket

My name is Adam Corrie , I'm From Malaysia and I Support Gaza






My name is Adam Corrie , I'm From Malaysia and I Support Gaza



My name is Fazi Fuad , I'm From Malaysia and I Support Gaza





Photobucket

Khamis, 24 Julai 2014

MATI ITU PASTI, TAPI HATI YANG MATI AMAT MENYEDIHKAN.





persiapan raya? 
tak teringat langsung... 

kerana Ramadhan itu sudah hampir di penghujungnya... 
pelbagai ganjaran yang Allah berikan pada kita pada bulan penuh barakah ini. 

Allah berikan kita pelbagai ganjaran dalam pelbagai bentuk. 
Di datangnya ganjaran dalam bentuk ujian dengan peristiwa menyayat hati di Gaza.
MH17 yang di tembak dan tiada yang selamat. . 

Khamis, 17 Julai 2014

JOM PERGI KL RAYA FEST










Assalamualaikum sahabat semua :) 

Jika ada kelapangan jemput hadir ke KL Raya Fest  di PWTC pada 19 & 20 Julai ini. 
Saya ada menjual t-shirt  :) 

Jom dapatkan #islamictshirt
I love muhammad 
Dan
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
Hati Tenang 


Jumpa di #klfestraya @klfestraya di pwtc pd sabtu dan ahad ini.

Pihak penganjur ada menyediakan tempat solat untuk solat sunnat tarawih berjemaah khas untuk para penjunjung dan peniaga. Ruang solat yg sgt luas.

Siang boleh berniaga (berniaga itu sunnah) dan mlm kita boleh buat solat subat tarawih. 
Tak de siapa yg rugi... kalau pandai bahagikan masa dlm beribadah. 
Solat tawarih itu ibadah dan setiap perniagaan dan pekerjaan kita juga ibadah kalau kita niat hanya krn Nya.. 
















Photobucket

Isnin, 14 Julai 2014

Asal Niat murtadkan teman wanita tapi akhiranya berdakwah dan Menyebarkan ajaran Islam








Adam Corrie & Fazi



Hari Sabtu lepas kami suami isteri di jemput untuk berkongsi pengalaman tentang Kahwin Campur.
Dan kami digandingkan dengan sepasang pasangan suami isteri yang hebat dalam berdakwah. Jom kita baca sedikit sebanyak tentang pengalaman mereka.


tuan Azley bersama Isterinya

Ahad, 13 Julai 2014

Genaplah 7 tahun kembali kepada fitrah. Ini adalah Dakwah Kecil dari hamba ini. - ADAM CORRIE

Add caption






Alhamdulillah hari ini genaplah 7 tahun saya kembali pada fitrah. 

Saya mengharapkan hidup saya ini dapat saya dimanfaatkan dengan berdakwah secara akhlak dan membantu saudara seislam kita dan not yet muslim. 

Walaupun dakwah saya kelihatan kecil dan tidak memberi impak yg besar tapi mengharapkan keredhaan Allah.

saya bersama Insan-insan yg hebat dalam penyebaran ajaran Islam kepada golongan not yet Muslim dan saudara baru. Itu lah peranan setiap hamba Allah dlm kehidupan sementara ini Sebelum kita menuju ke destinasi Abadi kelak. Mereka semua reverted yg mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. 

Jumaat, 11 Julai 2014

BIBIR TANPA ZIKIR?





Bakal bersiaran pada 14 Julai 2014 
TV9 
8:30 malam 


Membeli sambil beramal - KL RAYA FEST 2014





Perniagaan dan amalan sedekah sudah sinonim dalam kehidupan kita. Apabila sahaja kedengaran orang dalam kesusahan, pasti pertolongan dihulurkan selagi mana ada hebahan mengenai kekurangan atau kesusahan dalam masyarakat.
Sudah banyak bukti yang menyerlahkan kemurahan hati rakyat negara ini apatah lagi di bulan mulia seperti Ramadan ini.
Matlamat sama cuba dipenuhi melalui penganjuran KL Raya Fest 2014, yang bukan menjual untuk ke arah keuntungan semata-mata, bahkan lebih penting memberikan sebahagiannya kepada Tabung Amal KL Raya Fest untuk disalurkan kepada badan-badan amal Love Kemboja, Love Tanzania, dan Love Rohingya.
Bazar besar-besaran itu bakal menghimpunkan 300 usahawan dalam talian dalam satu bumbung.
Idea dan inspirasi penganjuran KL Raya Fest 2014 adalah cetusan daripada sekumpulan penggiat fesyen yang diketuai oleh Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail di bawah label Mood Republik.
Kimi Iskandar berkata, festival yang mengetengahkan usahawan-usahawan dalam talian dari seluruh negara itu akan diadakan di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 dan 20 Julai ini, bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
“Kami merasakan penganjuran acara yang melibatkan kerja amal adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian secara serius terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini.
“KL Raya Fest 2014 ini akan menjadi satu platform pembangunan ekonomi umat Islam yang berniaga dan dalam masa sama membantu insan-insan lain yang sangat memerlukan bantuan.

KL Raya Fest 2014 turut mendapat sokongan selebriti tempatan.


“Secara tidak langsung kami membawakan konsep sedekah secara ikhlas daripada semua vendor yang terlibat di mana mereka boleh memberikan sumbangan ikhlas untuk disalurkan kepada badan-badan amal kami," katanya dalam sidang media KL Raya Fest 2014, baru-baru ini.

Rabu, 9 Julai 2014

FITRAH RAMADHAN - PROGRAM RAMADHAN ANJURAN USRAH FITRAH





SEMUA ARTIS & PENGGITA SENI dijemput memeriahkan FItrah Ramadhan. Kita isi Ramadhan tahun ini umpama Ramadhan kita yang terakhir.






Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails