TEMAN

Isnin, 26 Mei 2014

HIDUP JANGAN BERSANGKA-SANGKA KEMUDIAN BUAT TUDUHAN




Hanya kerana disangka menyertai parti politik pembangkang, pelakon Adam Corrie, 45, mendakwa digam sebuah stesen te-levisyen tanpa membuat semakan terhadap latar belakangnya.
Justeru, pelakon KL Gangster 2 itu menuntut pihak stesen terbabit menunjukkan bukti dia menyertai parti pembangkang yang dikatakan itu bagi membersihkan namanya.
Adam ketika ditemui baru-baru ini meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak atasan stesen berkenaan kerana terus menyenarai hitam namanya tanpa memberi sebarang penjelasan. 

Pelakon itu mendakwa pihak atasan stesen terbabit enggan menyiarkan satu telefilem yang menampilkan dia memegang watak utama, malah turut mengarahkan semua babak berkaitan de-ngannya dalam satu program disunting dalam dua kejadian berasingan.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada tahun lalu selepas pihak atasan berkenaan dikatakan terus menolak telefilem itu sebaik mendengar namanya antara barisan pelakon.

“Berita itu disampaikan kepada saya oleh pengarah selepas dia bertemu pihak atasan stesen terbabit. Pe-ngarah hanya memberitahu karyanya tidak boleh disiarkan di stesen itu kerana saya ahli parti pembang-kang,” katanya. 

Adam yang juga koreografer tarian berkata, dia tiada masalah sepanjang penggambaran dan menerima tawaran berlakon dalam telefilem itu atas permintaan pengarah. 

“Kejadian sama berulang sekitar Mac lalu selepas saya mendapat jemputan daripada stesen televisyen sama sebagai artis undangan untuk satu program agama. 

“Pada mulanya, saya rasa pelik namun terima tawaran itu demi Tuhan selain pendakwah program adalah guru saya. 
“Saya cuma perlu berta-nyakan beberapa soalan untuk empat episod program itu,” katanya. 

Katanya, selepas tamat penggambaran, dia terkejut dimaklumkan semua babak menampil-kan kemunculannya dalam program itu disunting dengan alasan dia adalah ahli parti pembang-kang. 

“Saya menerima panggilan daripada rakan pengarah program itu yang memberitahu suntingan itu atas arahan pihak atasan stesen televisyen berkenaan. 

“Tindakan itu amat me-ngecewakan kerana mereka tidak pernah menghubu-ngi saya untuk mendapatkan pengesahan mahupun bertanyakan kepada pihak berkaitan. Malah, saya juga tidak meminta sebarang bayaran dan bersetuju tampil dalam program itu atas kehendak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia tidak pernah berdepan masalah dengan stesen televisyen lain termasuk pengarah serta syarikat penerbit filem tempatan. 

“Sekarang, saya mahu pihak stesen televisyen terbabit mengemukakan bukti kukuh seperti nombor ahli saya dalam parti itu. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik, malah tidak berminat mengetahui isu politik semasa. 

“Saya tampil membuat penjelasan ini bukan kerana takut tiada rezeki tetapi mahu membersihkan nama dan juga minta supaya ja-ngan terus fitnah saya,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Adam kini sibuk de-ngan penggambaran program agama untuk siaran Ramadan nanti serta drama Kerambit. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

--------------------------

Jangan suka buat andaian kemudian buat tuduhan. 
SAYA SUDAH TEGASKAN DARI AWAL PENGISLAMAN SAYA.
JANGAN KAITKAN SAYA DGN SEBARANG POLITIK KEPARTIAN.

Pakaian sunnah bukan hak parti politik mana-,mana. 
Semua org boleh pakai. Pakai dapat pahala sunnah.
Ini adalah kenyataan untuk yg tak jelas lagi bukan keluhan.

baca dgn teliti dulu. jgn terus komen tanpa membaca dan memahami apa yang ingin disampaikan.

terima kasih dan harap maklum.

Photobucket

1 ulasan:

link

Related Posts with Thumbnails