TEMAN

Khamis, 24 Julai 2014

MATI ITU PASTI, TAPI HATI YANG MATI AMAT MENYEDIHKAN.





persiapan raya? 
tak teringat langsung... 

kerana Ramadhan itu sudah hampir di penghujungnya... 
pelbagai ganjaran yang Allah berikan pada kita pada bulan penuh barakah ini. 

Allah berikan kita pelbagai ganjaran dalam pelbagai bentuk. 
Di datangnya ganjaran dalam bentuk ujian dengan peristiwa menyayat hati di Gaza.
MH17 yang di tembak dan tiada yang selamat. . 

Khamis, 17 Julai 2014

JOM PERGI KL RAYA FEST










Assalamualaikum sahabat semua :) 

Jika ada kelapangan jemput hadir ke KL Raya Fest  di PWTC pada 19 & 20 Julai ini. 
Saya ada menjual t-shirt  :) 

Jom dapatkan #islamictshirt
I love muhammad 
Dan
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
Hati Tenang 


Jumpa di #klfestraya @klfestraya di pwtc pd sabtu dan ahad ini.

Pihak penganjur ada menyediakan tempat solat untuk solat sunnat tarawih berjemaah khas untuk para penjunjung dan peniaga. Ruang solat yg sgt luas.

Siang boleh berniaga (berniaga itu sunnah) dan mlm kita boleh buat solat subat tarawih. 
Tak de siapa yg rugi... kalau pandai bahagikan masa dlm beribadah. 
Solat tawarih itu ibadah dan setiap perniagaan dan pekerjaan kita juga ibadah kalau kita niat hanya krn Nya.. 
















Photobucket

Isnin, 14 Julai 2014

Asal Niat murtadkan teman wanita tapi akhiranya berdakwah dan Menyebarkan ajaran Islam








Adam Corrie & Fazi



Hari Sabtu lepas kami suami isteri di jemput untuk berkongsi pengalaman tentang Kahwin Campur.
Dan kami digandingkan dengan sepasang pasangan suami isteri yang hebat dalam berdakwah. Jom kita baca sedikit sebanyak tentang pengalaman mereka.


tuan Azley bersama Isterinya

Ahad, 13 Julai 2014

Genaplah 7 tahun kembali kepada fitrah. Ini adalah Dakwah Kecil dari hamba ini. - ADAM CORRIE

Add caption






Alhamdulillah hari ini genaplah 7 tahun saya kembali pada fitrah. 

Saya mengharapkan hidup saya ini dapat saya dimanfaatkan dengan berdakwah secara akhlak dan membantu saudara seislam kita dan not yet muslim. 

Walaupun dakwah saya kelihatan kecil dan tidak memberi impak yg besar tapi mengharapkan keredhaan Allah.

saya bersama Insan-insan yg hebat dalam penyebaran ajaran Islam kepada golongan not yet Muslim dan saudara baru. Itu lah peranan setiap hamba Allah dlm kehidupan sementara ini Sebelum kita menuju ke destinasi Abadi kelak. Mereka semua reverted yg mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. 

Jumaat, 11 Julai 2014

BIBIR TANPA ZIKIR?





Bakal bersiaran pada 14 Julai 2014 
TV9 
8:30 malam 


Membeli sambil beramal - KL RAYA FEST 2014





Perniagaan dan amalan sedekah sudah sinonim dalam kehidupan kita. Apabila sahaja kedengaran orang dalam kesusahan, pasti pertolongan dihulurkan selagi mana ada hebahan mengenai kekurangan atau kesusahan dalam masyarakat.
Sudah banyak bukti yang menyerlahkan kemurahan hati rakyat negara ini apatah lagi di bulan mulia seperti Ramadan ini.
Matlamat sama cuba dipenuhi melalui penganjuran KL Raya Fest 2014, yang bukan menjual untuk ke arah keuntungan semata-mata, bahkan lebih penting memberikan sebahagiannya kepada Tabung Amal KL Raya Fest untuk disalurkan kepada badan-badan amal Love Kemboja, Love Tanzania, dan Love Rohingya.
Bazar besar-besaran itu bakal menghimpunkan 300 usahawan dalam talian dalam satu bumbung.
Idea dan inspirasi penganjuran KL Raya Fest 2014 adalah cetusan daripada sekumpulan penggiat fesyen yang diketuai oleh Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail di bawah label Mood Republik.
Kimi Iskandar berkata, festival yang mengetengahkan usahawan-usahawan dalam talian dari seluruh negara itu akan diadakan di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 dan 20 Julai ini, bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
“Kami merasakan penganjuran acara yang melibatkan kerja amal adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian secara serius terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini.
“KL Raya Fest 2014 ini akan menjadi satu platform pembangunan ekonomi umat Islam yang berniaga dan dalam masa sama membantu insan-insan lain yang sangat memerlukan bantuan.

KL Raya Fest 2014 turut mendapat sokongan selebriti tempatan.


“Secara tidak langsung kami membawakan konsep sedekah secara ikhlas daripada semua vendor yang terlibat di mana mereka boleh memberikan sumbangan ikhlas untuk disalurkan kepada badan-badan amal kami," katanya dalam sidang media KL Raya Fest 2014, baru-baru ini.

Rabu, 9 Julai 2014

FITRAH RAMADHAN - PROGRAM RAMADHAN ANJURAN USRAH FITRAH





SEMUA ARTIS & PENGGITA SENI dijemput memeriahkan FItrah Ramadhan. Kita isi Ramadhan tahun ini umpama Ramadhan kita yang terakhir.






Photobucket

Selasa, 8 Julai 2014

‘Sampai kiamat pun tak habis’

‘Sampai kiamat pun tak habis’







BENARLAH kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah situasi yang dialami oleh pelakon dan koreografer, Adam Corrie Lee.

Aktor berusia 45 tahun itu banyak berhutang budi kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad lantaran sering mengajaknya ke majlis ilmu selain berusaha membimbing dirinya ke arah yang lebih baik.

Jelasnya, biarpun dia adalah khalifah dalam keluarganya, namun perkara itu tidak menjadi satu hal yang berbangkit buatnya.

"Isteri adalah individu yang banyak membimbing dan mengajar saya. Soal siapa yang membimbing, itu bukanlah persoalannya. Apa yang penting adalah usaha kita hendak belajar.

"Inilah kelebihan ilmu ALLAH SWT," katanya ketika ditemui selepas sidang media Fitrah Ramadan 2014, baru-baru ini.

Adam yang memeluk Islam sejak 2007 memberitahu, sebagai inisiatif dalam mendalami ilmu Islam, dia menyertai Usrah Fitrah sejak dua tahun lalu.

"Sepanjang tempoh dua tahun di Usrah Fitrah, pelbagai perkara berkaitan agama yang saya pelajari dan saya masih lagi belajar.

"Terlalu banyak ilmu ALLAH SWT yang perlu dipelajari. Lagi pun, belajar ilmu ALLAH SWT ini, sampai kiamat pun tidak akan habis! " tegasnya.

Pada masa sama, Adam turut berdakwah dengan mengajak selebriti lain menyertai Usrah Fitrah.

"Jika saya ke set penggambaran, saya tidak lupa mengajak artis-artis lain menyertai Usrah Fitrah.

"Ini kerana, banyak manfaat yang boleh diperoleh. Malah, saya puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Alhamdulillah, setakat ini walau sesibuk mana pun saya, saya akan cuba meluangkan masa untuk menghadiri kelas di Usrah Fitrah,” katanya.

Kesal difitnah sebagai ahli Pas

Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada stesen televisyen (TV) swasta menyenaraihitamkan namanya gara-gara dia dikatakan sebagai ahli Pas.

"Saya ingin menjelaskan yang saya bukanlah ahli Pas atau parti politik lain. Saya cumalah seorang pelakon.

"Gara-gara saya kerap dilihat dengan berpakaian jubah dan berkopiah, ada yang mengatakan saya kononnya ahli Pas.

"Akibatnya, saya terus digam oleh stesen TV," katanya.

Menurutnya, tuduhan itu sekali gus menimbulkan rasa ketidakpuasan hatinya.

"Mengapa saya terus digam? Mengapa tidak bertanya kepada saya dahulu?.

"Kejadian sebegini bukan baru sekali dua berlaku sebaliknya sudah banyak kali terjadi. Bahkan, produk saya turut mengalami nasib yang sama.

"Sekali lagi, ingin saya tegaskan, saya bukan ahli Pas, tapi saya always pass and never failed," katanya.

Tambahnya, keadaan ini turut menyebabkan dia kurang menerima tawaran lakonan namun, berserah semuanya kepada ALLAH SWT.





Photobucket

Isnin, 7 Julai 2014

JOM IFTAR BERSAMA SAYA




Hanya pada setiap kali Ramadhan, saudara baru akan lebih merasai nikmat berukhuwwah dengan saudaranya yang lain semasa berbuka puasa. Sebabnya? Kebanyakan mereka tersisih daripada keluarga dan mereka malu untuk menyuarakannya kepada kawan-kawan mereka. Apabila keadaan mendesak, mereka terpaksa mencari tempat untuk memohon perlindungan dan bantuan. Mereka perlukan bimbingan....mereka perlukan sokongan.....mereka perlukan wang untuk menyara diri dan keluarga... maka di manakah kita saat mereka memerlukan..??

Bantulah kami menguruskan saudara baru kita ini dengan menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

AYUH BERSAMA KAMI DALAM:

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE 2014
Bertemakan : "Journey to Jannah"

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadhan 1435H
Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji
Bayan Lepas, Pulau Pinang

Aturcara Majlis :

5:00 Petang : Ketibaan & Pendaftaran Tetamu
6:00 Petang : Forum “ Kahwin Campur.....” bersama Adam Corrie & Pasangan dan Azley Stanley dan pasangan
7.00 : Ucapan Perasmian VVIP dan VIP
7:38 Malam : Iftar & Solat Maghrib Berjamaah
8:10 Malam : Tayangan Video dan montaj
9:00 Malam : Solat Isya' & Tarawih , Tazkirah
11.00 Malam : Bersurai

"Ajaklah keluarga dan kawan-kawan untuk berkongsi rasa kasih bersama saudara baru kita"

Untuk tempahan meja/kerusi dan sumbangan, hubungi :

Sekretariat MIPHC 2014 :

En. Khaw Lek Ming : 012-5503272
En. Mohd Yusni Ghazali : 019-5266677
Pn Noor Suhaimi : 013-4894595
Cik Shazwani: 019-4169231

PAKEJ MEJA @KERUSI YANG DITAWARKAN:

1 MEJA RM 1000
1 KERUSI RM100
* 1 Meja = 10 kerusi *

Semua bentuk pembelian, sumbangan ataupun penajaan saudara baru boleh dibuat menggunakan e-banking, cek, pindahan (transfer) atau tunai ke akaun berikut :


PERTUBUHAN IKRAM M’SIA (IKRAM)
5573-8040-1328
(Maybank Berhad)

Jom Rebut Pahala Berganda Khusus di Bulan Ramadhan!









Photobucket

Ahad, 6 Julai 2014

TAHNIAH !!! SELEPAS ITU APA JADI...


Orang kita... 
Seronok dan ucapkan tahniah apabila seorang hamba Allah kembali fitrah. 

Selepas sudah kita ucap tahniah dan menyatakan kegembiraan... 
apa peranan kita sebagai Muslim terhadap Saudara Baru kita. ?? 

Kebanyakan orang kita hanya lepas tangan selepas itu.. 
Pandai-pandailah saudara kita selepas itu nak hidup sebagai seorang Muslim... 

Kalau dia terbuat salah di mata kita, 
Masa itulah kita punya suara terpekik-pekik menyalahkan dirinya. 
"Itu salah! "
"Ini haram,"  
"Kau ini Islam ke ape? "
"Masuk Islam sbb nak kahwin je la ni" 
"Masuk Islam ini mesti ada udang di sebalik Mee... " 

tahukah kita, hati seorang saudara baru ini sangat rapuh.?  seperti bayi yang baru dilahirkan... mereka sering menangis apabila dipinggirkan, dihina, dibiarkan lapar tanpa ilmu ? 


kenapa perlu menyalahkan mereka sedangkan kita yg biarkan mereka tanpa bantuan dan bimbingan kita . 
Malah kita yang selalu sangkakan Malaikat, 
Suci dari Dosa, 
Boleh menghukum Orang lain sesuka Hati, 
Suka ambil alih kerja Allah dengan menghukum orng lain. 

ubah cara pemikiran kita. 
Tugas kita atas muka bumi Allah ini sangat banyak... 
Kita hidup bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi membantu orang lain samada Islam atau sebaliknya ke jalan yang lurus juga. 

Bimbing mereka bukan keji mereka ... 

p/s: hanya bercakap melalui pengalaman hidup bersama seorang insan yg telah kembali pada fitrah. Kerana dia, diri saya juga berubah ke arah kebaikan dan kenal Allah lebih dekat. 





Photobucket

PERGINYA SEORANG DA'E




Ramadhan penuh keberkatan. 

Ramai yg telah dijemput pulang oleh Allah pd Ramadhan kali ini.
En Ibrahim, seorang saudara baru dan juga seorang penerima zakat asnaf yg kenali ketika membuat penggambaran ttg beliau untuk rancangan Diari Fakir yg bakal bersiaran bulan Ramadhan ini telah pulang ke rahmatullah petang jumaat semalam.

Beliau telah berdakwah menyebarkan ajaran Islam ke estet-estet india di sekitar Klang dan juga sampai ke negara India. 

Sempena Ramadan, Adam Corrie Maafkan Penabur Fitnah



Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 3:03 AM


PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie melakukan tiga solat sunat iaitu solat Taubat, Istikarah dan Hajat bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah dalam usahanya untuk memaafkan pihak yang telah menabur fitnah terhadapnya sebelum ini.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 45, berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan dia sudah pun memaafkan pihak terbabit dan sentiasa berdoa agar individu tersebut mendapat hidayah atas kesalahan yang dilakukannya.

"Saya lakukan tiga solat sunat bukan sahaja untuk mendapat petunjuk malah berdoa agar individu berkenaan diberikan hidayah agar dia insaf terhadap perbuatannya terhadap saya.

"Saya tidak mahu berdendam dan telah pun memaafkan atas perkara yang dilakukan terhadap saya sehingga menyebabkan saya dikecam dan periuk nasi saya sebagai pelakon terganggu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

April tahun lalu Adam pernah membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas oleh pihak tersebut.

Kata Adam, gara-gara kejadian tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan dan keadaan itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.

"Sehingga ke hari ini kejadian itu masih memberi kesan kepada periuk nasi saya tetapi tidak mengapa kerana rezeki itu ditentukan Allah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Adam berkata, pihak berkenaan tidak pernah tampil memperbetulkan keadaan apatah lagi meminta maaf kepadanya atas kesalahan itu.

"Pihak yang menabur fitnah terhadap saya itu sehingga hari ini tidak meminta maaf kepada saya apatah lagi untuk berjumpa saya.

link

Related Posts with Thumbnails