TEMAN

Ahad, 13 Julai 2014

Genaplah 7 tahun kembali kepada fitrah. Ini adalah Dakwah Kecil dari hamba ini. - ADAM CORRIE

Add caption






Alhamdulillah hari ini genaplah 7 tahun saya kembali pada fitrah. 

Saya mengharapkan hidup saya ini dapat saya dimanfaatkan dengan berdakwah secara akhlak dan membantu saudara seislam kita dan not yet muslim. 

Walaupun dakwah saya kelihatan kecil dan tidak memberi impak yg besar tapi mengharapkan keredhaan Allah.

saya bersama Insan-insan yg hebat dalam penyebaran ajaran Islam kepada golongan not yet Muslim dan saudara baru. Itu lah peranan setiap hamba Allah dlm kehidupan sementara ini Sebelum kita menuju ke destinasi Abadi kelak. Mereka semua reverted yg mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. 


teringat saya pada Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang : )








Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails