TEMAN

Khamis, 24 Julai 2014

MATI ITU PASTI, TAPI HATI YANG MATI AMAT MENYEDIHKAN.





persiapan raya? 
tak teringat langsung... 

kerana Ramadhan itu sudah hampir di penghujungnya... 
pelbagai ganjaran yang Allah berikan pada kita pada bulan penuh barakah ini. 

Allah berikan kita pelbagai ganjaran dalam pelbagai bentuk. 
Di datangnya ganjaran dalam bentuk ujian dengan peristiwa menyayat hati di Gaza.
MH17 yang di tembak dan tiada yang selamat. . 


Kematian demi kematian yang meyayat hati berlaku di bulan Ramadhan adalah untuk kita sedar diri, bahawa Allah sayangkan kita semua..

tetapi kematian yang paling menyedihkan apabila HATI kita sendiri MATI . Kita TAHU kita ini HAMBA ALLAH tapi tindakan kita tidak seperti mengaku dan SEDAR yang diri ini HAMBA ALLAH dan tanpa rasa sedikit kesedaran, keinsafan dan masih rasa KEMATIAN itu jauh lagi dan berasa selesa dengan kehidupan duniawi ini.

Firman ALLAH SWT bermaksud:
Kematian melatih manusia bersifat sabar dan reda dengan qadak dan qadar ALLAH.
(Surah al-Maidah ayat 106)

Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu. 

(Surah al-Jum’ah ayat 8)

Setiap ibadah yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan PENGAMPUNAN dan RAHMAT dariNya. Bukan untuk merasa diri HEBAT dan lebih baik dari orang lain.






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails