TEMAN

Ahad, 6 Julai 2014

PERGINYA SEORANG DA'E




Ramadhan penuh keberkatan. 

Ramai yg telah dijemput pulang oleh Allah pd Ramadhan kali ini.
En Ibrahim, seorang saudara baru dan juga seorang penerima zakat asnaf yg kenali ketika membuat penggambaran ttg beliau untuk rancangan Diari Fakir yg bakal bersiaran bulan Ramadhan ini telah pulang ke rahmatullah petang jumaat semalam.

Beliau telah berdakwah menyebarkan ajaran Islam ke estet-estet india di sekitar Klang dan juga sampai ke negara India. 

Salah satu sebab beliau tertarik dgn Islam kerana beliau melihat orang membaca surah Yassin dan talkin pd jenazah yg sudah dikebumikan.

Beliau rasa jenazah tersebut dihormati. Dan beliau ingin suatu hari nanti, apabila beliau sudah tiada dibacakan talkin dan yassin seperti orang Islam.

Apa yg Arwah En Sulaiman inginkan, sudah tercapai. Jenazahnya di mandikan, disolatkan , dibacakan Yassin dan ditalkin...

Semoga Allah merahmati setiap perjuangan dan usaha penyebaran Islam pd golongan not yet muslim selama ini. Serta ditempatkan di golongan org2 yg beriman.

AMIN ALLAHUMMA AMIN




Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails