TEMAN

Ahad, 17 Ogos 2014

BOIKOT !!! BOIKOT AKHLAK TAK ELOK KITA DULU

Di dlm Masjid Al-Aqsa

Ada hamba Allah bertanya pada saya 

adakah saya memboikot barangan Israel?
Ya saya ada memboikot tp dengan cara saya sendiri.

bagaimanakah cara saya memboikot? 
Saya cuba memboikot dari dalam diri saya dulu. Mungkin ada cara hidup saya seperti org Israel atau Yahudi yg tidak baik telah saya ikuti. Secara berperingkat-peringkat. Seperti solat dan carahidup.

Saya cuba memboikot dengan cara berhikmah dan apa yang saya mampu.
Bukan dengan cara membakar dan memijak bendera mereka. Kerana ia memberi pandangan, cerminan yg tidak manis / tidak elok sebagai seorang Muslim kepada golongan not yet muslim yg selalu memerhati Islam atau yang cuba mendekati Islam.

Kerana Islam adalah agama kesejahteraan. Dalam bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

Boikotlah dan berdakwah dengan penuh hikmah melalui akhlak dan berilmu.
Jangan boikot mengikut perasaan dan memburukkan Islam dgn akhlak kita sendiri tanpa kita sedari.

Kenapa golongan not yet Islam selalu pandang serong dgn kita?
Kerana akhlak kita. Kita yang burukkan Islam di mata mereka melalui akhlak yang kita tonjolkan.

untuk ingatan dan musabah diri saya sendiri ADAM CORRIE

senyum selalu
selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

p/s : minta maaf kalau ada yang tidak setuju dgn pandangan saya. Kita jgn pandang pd satu sudut saja. Pandanglah dari pelbagai sudut. Dakwah kita luas. Fikir berjuta-juta kali sebelum kita bertindak mengikut perasaan.
Tanya diri sendiri ...

"Adakah tindakan aku ini akan memburukkan Islam?"





Di belakang saya adalah jemaah wanita sdg solat terawih di Qubbat As-Sakhrah dan ia bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.
Manakala Jemaah lelaki pula solat di Masjid Al Aqsa.

Qubbat As-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis di kawasan Al Haram Al Sharif. Qubbat As-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh daripada bangunan ini. 







Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails