TEMAN

Jumaat, 26 Jun 2015

KEMBARA IMAN SAUDARA BARU : UNCLE BIGGS (MUALLAF) SUDAH ISLAMKAN 62 ORANG



Siapa sangka Pak Cik Muhammad Nur Biggs bin Abdullah asal dari golongan bukan not yet muslim sudah kembali kepada fitrah (memeluk islam) pada tahun 1977.
Setakat ini beliau telah mengislamkan golongan not yet muslim seramai 62 org.
MasyaAllah Tabarakallah... Semoga kita dapat mencontohi sedikit sebanyak usaha dakwahnya kpd golongan not yet muslim dan saudara semuslim kita.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang- adam corrie
Saya serta jemaah kembara Iman Saudara Baru 2015 mendoakan kepada penyumbang program ini;
Semoga Allah sentiasa merahmati penyumbang / penderma serta ahli keluarga mereka dengan keberkatan hidup, kesihatan , dimurahkan rezeki, diberi pertunjuk dalam membuat keputusan, diringankan untuk beribadat dan umur yang diberkati. Disamping kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Aamin allahumma aamin
InsyaAllah ada rezeki tahun depan saya akan buat lagi program ini.
3 kelayakan utama utk sertai program kembara iman saudara baru (muallaf) ini.
1. Tidak pernah mengerjakan ibadah umrah dan hajj.
2. Aktif berdakwah
3. Aktif menghadiri kelas pengajian agama setiap minggu.
4. Baru kembali kepada fitrah (memeluk islam) 5thn ke bawah shj.
Jika anda saudara baru yg mempunyai 3 syarat kelayakan tersebut boleh emelkan resume anda ke adamcorrieteam@gmail.com




#kembaraImanSaudaraBaruKembara Iman Saudara BaruSiapa sangka Pak Cik Muhammad Nur Biggs bin Abdullah asal dari...
Posted by ADAM CORRIE on Sunday, 21 June 2015


Photobucket

Khamis, 25 Jun 2015

(KEMBARA IMAN SAUDARA BARU) - KERANA SOLAT IZWAN PELUK ISLAM





Kembara Iman Saudara Baru 

Saudara Baru kita Muhammad Khairul Izwan bin Abdullah salah seorang saudara baru yang terpilih menyertai program umrah Kembara Iman Saudara Baru tempoh hari. 


Beliau berbangsa Cina seperti saya yang bertutur dalam loghat Hokkien. 

Baru kembali kepada fitrah 2 tahun.
Pada amatan saya beliau seorang yang amat berbudi bahasa, peramah dan sangat mengambil berat tentang jemaah di dalam rombongan.

Apa yang membuatkan beliau boleh terdetik untuk kembali kepada fitrah (memeluk Islam) adalah SOLAT.

Beliau pernah ikut rakan sekerjanya berbangsa Bangla ambil wudhuk dan solat. Ini oleh kerana selepas beliau menegur rakan sekerjanya hilang waktu bekerja. Rupa-rupanya pergi solat. Lalu rakannya ditunjukkan dan ajaknya bagaimana ambil wudhuk dan solat sekali ketika itu waktu zohor (belum lagi kembali fitrah).

selepas itu beliau juga pergi pergi solat raya aidilfitri dengan berpakaian Baju Melayu seperti saudara muslim yang lain.

Beliau merasakan ketenangan ketika bersolat. Semua keresahan dan strees hilang ketika solat. Beliau berkata untung orang Islam. Kalau strees tak perlu keluar duit untuk beli minuman keras , tempat hiburan untuk hilangkan tekanan.

Hanya perlu ambil wudhuk dan solat ke arah kiblat ... hilang semua tekanan. Tidak sampai sebulan beliau dengan nekad untuk kembali kepada fitrah di PERKIM.

Alhamdulillah itulah hidayah dari Allah.
Dia akan berikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya yang mencari kebenaran dalam hidup.

Kita sebagai Muslim kenalah tunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada saudara not yet muslim kita tentang Islam...

InsyaAllah saudara not yet muslim sendiri akan memahami keindahan Islam itu sendiri.

senyum selalu
selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang - ADAM CORRIE-







Kembara Iman Saudara Baru Saudara Baru kita Muhammad Khairul Izwan bin Abdullah salah seorang saudara baru yang...



Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails