TEMAN

Jumaat, 22 April 2016

KEMBARA IMAN SAUDARA BARU 2 : JOCELYN





Perkongsian pengalaman dari peserta umrahKembara Iman Saudara Baru 2
Puan Jocelyn Cheng .
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Saya Jocelyn Cheng Binti Abdullah telah menerima hidayah Allah swt kembali ke agama fitrah pada tahun 2012 tanpa mengetahui apa itu Islam. Saya berusaha dan terus mencari apa itu Islam yang sebenarnya selepas mengucap kalimah syahadah. Hadirkan diri dalam majlis ilmu, kursus² agama, program² agama dan kelas mengaji. Alhamdulillah banyak ilmu yang manfaat dari ustaz² dan ustazah², tetapi ilmu di dadaku tetap senipis kulit bawang. Keimanan diriku sangat lemah. Suami saya juga seorang saudara baru dan bagi kami memang mencabar dari segi akidah dan ilmu.
Suatu hari saya tergerak hati dan buka facebook masukkan kata kunci "saudara baru" dan keluarnya "Kembara Iman Saudara Baru". Rasa nak tau apa sebenarnya page ini mengenai, saya pun tekan dan baca page tersebut. Post yang pertama saya terbaca mengenai pendafataran terbuka untuk Muallaf ke Umrah, teruskan membaca lagi, rupanya boleh dapat tajaan mengikut syarat yang tertentu. Dalam fikiran apa salahnya cuba daftar, kalau betul dijemput oleh Allah ke tanah suciNya, Alhamdulillah. Terus whatsapp suami yang sedang kerja untuk dapatan slip gaji dari ajikan dan malam itu juga kami daftar secara online. Alhamdulillah selepas temuduga, kami terpilih untk menyertai Kembara Iman Saudara Baru Siri 2 ke Umrah. Syukur Alhamdulillah, memang tidak terfikir doa kami dimakbulkan sepertimana saya telah menanam niat nak ke Umrah tahun ini.
Bulan Feb, satu kursus umrah diadakan selama 2 hari, kursus yang sangat bermanfaat, dimana saya baru tahu apa itu umrah sebenarnya. Selama ini hanya tahu buat umrah dan haji di Mekah sahaja. Selepas kursus mula lah hati ini tidak rasa tenang, sebab banyak barang kena beli, kena sedia, takut kena dam dan pelbagai².... Disinilah cabaran dimulakan.... Hari semakin dekat tarikh ke umrah semakin lah risau.....
Syukur Alhamdulillah sebelum 2 minggu berangkat ke umrah, saya dikurniakan idea dari Allah swt untuk mulakan perniagaan jual kuih teow sup dimana mengikut resepi keturunan keluarga saya. Dalam keadaan yang mendesak saya keluarkan duit RM500 yang ada sepatutnya nak beli barang ke umrah tetapi saya gunakan untuk beli peralatan berniaga. Ketika itu, hati saya berserah sepenuhnya kepada Allah swt, dengan niat ikhlas saya berniaga semoga Allah murahkan rezeki dan melindungi saya.
.... tidak berani saya mengira duit berniaga itu, saya kumpul sehingga 2 hari sebelum tarikh berangkat baru mengira. Menitis air mata saya, Allahuakhbar kami cukup duit untuk beli barang dan tukar sedikit duit riyal untuk persiapan takut kena dam. Akhirnya dapat kemas bagasi ke umrah malam sebelum berangkat.
Hari keesoknya kami berangkat terus ke Jeddah. Disini dugaan yang seterusnya ketika beratur di Imigresen Arab Saudi. Suami saya dimarah dan dituduh "kafir" oleh kastam saudi atas sebab tangan dia ada tattoo yang kecil. Kami cuba menerangkan bahawa kami Muallaf tetapi masing² tidak faham bahasa yang disampaikan, selamat kami dilepaskan. Terus naik bus ke Kota Mekah dalam ihram yang telah niat di miqat atas kapal terbang. Tiba di Swiss Hotel, letak bagasi dalam bilik terus kami menuju ke Masjidil Haram untuk solat dan menunaikan umrah.
Dalam perjalanan sambil bertarbiah, hati saya semakin berdebar laju, tidak sabar nak masuk Masjidil Haram. Ketika ustaz yang membawa kami memberitahu bahawa kaabah ada di depan sahaja. kami akan menuju ke Kaabah. Apabila sampai di depan kaabah, air mata saya terus mengalir, tidak dapat saya terangkan kenapa dan mengapa. Hanya rasa diriku ini sangat hina dan kini saya dijemput oleh Allah utk menjejak kaki di tanah suciNya dengan keadaan diriku penuh dosa. Tidak terkata dan seumpamanya sekeliling saya tak ada orang lain, rasanya diriku sangat mendekati Allah swt. Dalam doaku "Ya Allah, Engkau gugurkanlah dosa²ku sepertimana jatuhnya titisan air mataku". Seterusnya.... (...sambungan)








Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails