TEMAN

Rabu, 14 September 2016

Qurban Ego tuju jalan Allah

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

 Sebelum saya balik fitrah, saya memang tak tahu apa itu Aidiladha. Yang saya tahu Hari Raya Haji, iaitu orang Islam pergi Makkah buat haji. Apabila mereka balik mereka di panggil Haji. Orang yang dipanggil Haji ini pada pandangan saya dulu adalah orang yang sangat alim dan warak dalam agama Islam. Mereka yang balik dari haji mesti pakai kufiah dan yang perempuannya mesti pakai tudung.  Itulah antara pandangan luaran saya  mengenali Hari Raya Haji dulu. 

Pada Isnin lepas saya di kelas Usrah Fitrah  pengajian oleh Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari menceritakan bab Haji dan Umrah.  Seperti yang kita tahu, Aidiladha ini mengingatkan kita tentang Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa Baginda harus menyembelih Nabi Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , Maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim.

“Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh. 
( surah Ash-Shafaat  : 100)

 Kemudian Allah memberikan kepadanya khabar gembira akan lahirnya seorang anak yang sabar.Bayangkan  Nabi Ibrahim tiada anak sehinggalah usianya 86 tahun dan Siti Hajar 80tahun baru dikurniakan anak iaitu Nabi Ismail. Kemudian diperintah menyembelih anak sendiri apabila anaknya, sudah tentu pelbagai perasaan yang timbul. Tetapi Nabi Ibrahim patuh dengan perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail. Begitu jugalah dengan Nabi Ismail yang rela disembelih oleh bapanya. 

Sifat taat Nabi Ibrahim kepada perintah Allah, ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih Nabi Ismail, Allah tukarkan dengan kambing kibas.  Dan menarik perhatian saya dalam pengajian, saya di Tanya oleh ustaz kambing itu datang mana? Tiba-tiba je datang gantikan Nabi Ismail sebagai qurban. 
 Ustaz cerita, sebenarnya hidup kita semua Allah dah atur sejak berzaman-zaman lagi, sebelum kita dilahirkan lagi hingga lah sekarang. Kambing yang ganti Nabi Ismail tersebut adalah kambing qurban dari zaman Nabi Adam. Nabi Adam?  

Bagaimana ye… Qabil sangat dengki terhadap Habil apabila korban kambing kibas  diterima, dan pada sebaliknya, tanaman buah-buahan yang busuk Qabil tidak diterima. Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Iqlima, yang cantik. Qabil juga turut menyintai Iqlima. Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Qabil mengangkat batu berat dan menyampaknya ke arah kepala HabilHabil akhirnya meninggal dunia dengan akibat itu, dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah. Begitulah kaitannya kambing qurban dari zaman Nabi Adam dengan Nabi Ibrahim. Bukan suka-suka Allah minta kita buat qurban. Semuanya untuk kebaikan kita di akhirat kelak. 

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat ketika dalam kelas pengajian apabila ustaz menceritakan asal usul nama Jeddah.  Jeddah  berasal dari kalimah ‘Jaddah’ yang bermaksud nenek.  Ia memberi maksud nenek manusia, iaitu HAWA’. Hawa’ di turunkan ke bumi di tanah Jeddah manakala Nabi Adam di Sri Lanka, India.  Masjidil Haram Makkah , orang Arab selalu sebut Haram.  Pemandu teksi dan bas  di Makkah  akan memanggil-manggil orang yang ingin pergi ke Jeddah atau Masjidil Haram dengan laungan  HARAM JADDAH, HARAM JADDAH.. yang memberi maksud dari perjalana dari Masjidil Haram , Kota makkah ke Jeddah. Tetapi mungkin orang kita yang telah membawa pulang ayat Haram Jaddah ke tanah air dengan maksud yang tidak manis.  Itulah bezanya pengorbanan, salah faham dan penyerapan bahasa arab dalam bahasa melayu. Itulah pentingnya kita mengorbankan masa untuk menuntut ilmu. 

Kita sangka kita sudah dah banyak tahu, rupa-rupanya makin banyak kita menuntut ilmu, makin banyak rupanya yang kita tak tahu.  Qurban kanlah ego sombong kepada Allah. Banyak-banyak  merendahkan diri pada pencipta dan berbuat baiklah kepada manusia dan seluruh ciptaan Allah yang bernyawa. 

Senyum selalu 
Selalu bersangka baik 
insyaAllah hati tenang

An-Nur 
Kolum Hidayah 
Adam Corrie 
Muka surat 35
Metro Ahad 
11/9/2016 
www.adamcorrie.my
www.adamfazi.com


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails