TEMAN

Ahad, 13 November 2016

DOSA BERTINGKAT-TINGKAT











Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. 

(Surah Al-Hujurat ayat 6)

Dulu saya selalu fikir, orang yang suka mengadu domba ini hanyalah orang yang jahil dan tiada ilmu dalam agama. Tetapi saya silap, sifat ini terdapat dalam semua lapisan peringkat masyakat. Tak kisahlah dia orang kaya atau miskin, pandaiatau bodoh, islam atau yang belum dan sebagainya,

Mengadu domba atau namimah merupakan sebuah perbuatan yang sangat tercela kerana tujuan daripada mengadu domba itu lah tersebar luasnya berita yang tidak benar (fitnah) agar antar individu atau masyarakat muslim tidak saling menyukai satu sama lain dan akhirnya terjadi pertikaian dan peperangan. Dengan kata lain, mengadu domba merupakan suatu perbuatan tak baik dengan sengaja dilakukan untuk merosak, memfitnah, atau menghancurkan orang lain serta merupakan punca terjadinya permusuhan. Hal ini sangat bertentangan dengan syariat Islam, di mana tujuan bermasyarakat di dalam Islam ialah membangun individu dan masyarakat yang berlandaskan iman dan taqwa serta peribadi yang sahih yang tersambung dalam jalinan cinta dan kasih sayang serta keramahan antara sesama kita dalam syariat.

Saya cuba belajar bagaimana kita boleh kawal diri kita supaya tidak terlalu emosi dan menyibuk menceritakan perkara-perkara yang tidak perlu sampaikan. Kadang-kadang tu memang betul niat kita hanya nak bercerita dan meluahkan perasaan, tapi orang yang mendengarnya mungkin tak faham maksud kita lalu di ceritakan pada orang lain dengan versi pemahaman dia sendiri. Apabila orang lain dengar ia akan menjadi perkara yang berbeza pula.

Orang yang sedang mengadu domba pasti memiliki niat atau maksud dan tujuan yang tidak baik terhadap orang yang diadu, misalnya agar orang lain dibenci atau dipecat dari pekerjaannya.

Seorang pengadu domba ialah mereka yang senang sekali menyebabkan pertikaian atau menjadi provokasi. Hal paling mendasar dan yang paling sering menjadi penyebabnya ialah perasaan iri terhadap seseorang sampai muncul keinginan untuk membuat buruk atau menghancurkan orang tersebut. Cara paling mudah ialah dengan menyebarkan berita palsu atau memfitnah sehingga orang lain juga turut membenci orang yang ia benci.

Orang yang suka mengadu domba ini biasanya juga merupakan orang yang bermuka dua, sehingga dihadapan orang yang dia ceritkan dia akan tetap terlihat baik padahal dibelakangnya tanpa sepengetahuan orang itu, ia bersikap jahat dengan memburuk-burukkan orang yang ia bercerita.

Inilah yang terjadi dalam masyarakat kita dari dulu hingga sekarang. Bezanya sekarang cara kita mengadu domba lebih hebat dengan tanpa perlu bercakap secara lisan. Dihujung jari sahaja, kita boleh mengadu domba. Kita mengggunakan kelebihan media social dengan cara yang salah. Alangkah sayangnya peluang untuk buat pahala di gunakan untuk menambahkan saham dosa pula secara MLM, saham cara ‘multilevel marketing’ dalam diri kita.

Ia amat tidak elok kita terus menerus amalkan budaya mengadu domba kerana ia hanya menyebabkan terjadinya kebencian dan permusuhan antara kita semua. Silaturrahim dan tali persaudaraan juga boleh terputus .

Untuk kita sama-sama menghindarkan diri dari mengadu domba boleh kita sama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah SWT . Mulai dari diri sendiri untuk menyedari bahawa mengadu domba merupakan perbuatan tercela yang berakibat dosa harus dijauhi. Menghindar daripada hal-hal yang boleh menyebabkan mengadu domba seperti bergosip. Menjalin silaturrahimyang baik terhadapa sesama muslim. Kita perlu menbiasakan diri bersikap ramah dan jujur. Selalu meminta perlindungan kepada Allah SWT agar terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar.

“Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”(Hadis riwayat Muslim)

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #kolumnis
Mr & Mrs Adam Corrie










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails