TEMAN

Ahad, 19 Februari 2017

DOA DIKURNIA ANAK SOLEH


METRO AHAD 19 FEB 2017



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Mempunyai zuriat atau anak yang soleh  adalah impian saya sebagai seorang lelaki yang telah berkahwin.  siapa tak nak ada zuriat? Semua ornag nakkan zuriat, semua orang nakkan keluarga yang bahagia.

Saya memang sukakan kanak-kanak dari dulu. Kalau saya Nampak kanak-kanak pasti saya akan cuba tegur dan berguarau dengan mereka. Ada yang menyarankan saya untuk berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat. tapi bagi saya bernikah seorang lagi bukanlah jalannya untuk bahagia hanya kerana inginkan zuriat.

Dalam kehidupan berumahtangga kita ingin penyeri dalam rumah tangga kita iaitu zuriat. Sebagai pasangan suami isteri yang sudah mencecah 2 tahun usia perkahwinan. Kehadiran zuriat amat dinanti-nantikan sejak sah kami diijab kabulkan. Tapi tak semua nasib pasangan suami isteri  sama. Ada yang rezekinya cepat dapat bunting pelamin dan ada juga yang telah berkahwin berpuluh-puluh tahun masih tiada tanda walaupun sudah disahkan oleh doktor tiada sebarang masalah. 

Diawal perkahwinan dulu sebenarnya kami tidak berusaha bersungguh-sungguh lagi dalam usaha untuk mendapatkan anak sebelum ini. Cukup setahun usia perkahwinan kami,  baru isteri saya berjumpa dengan doctor dan  telah diberikan makan pill subur. Akibat dari pengambilan pill tersebut, berat barat isteri saya naik mendadak sebanyak 16 kg. Selepas peningkatkan berat badan yang menakutkan, isteri saya berhenti pengambilan pill tersebut. Lagipun usia perkahwinan kami ketika itu masih muda. Baru mencecah setahun. Doktor menyarankan supaya kami memberi masa selama 2 tahun untuk dapat zuriat. Jadi kami mengambil keputusan untuk 'enjoy' hidup berdua dulu. Insya'allah ada rezeki ada la.. 

Salah satu sebab kita sukar hamil kerana faktor usia, persekitaran, life style dan pemakanan kita sendiri. 

Kalau mak dan nenek moyang kita boleh lahirkan anak sehingga 15 orang anak tanpa sebarang masalah kenapa kita susah. Itulah namanya peredaran masa / zaman. Pemakanan kita tak segar seperti dulu. Makanan kita sekarang banyak toksik tanpa kita sedari. Apabila banyak toksik, kesukaran untuk hamil terjadi. Bagi yang merokok dan minum minuman keras lagi la. Tapi ada juga yang kata, kami pon merokok dan minum tapi dapat anak berduyun-duyun tak jadi masalah pon. 

Bagi saya itu rezeki masing-masing. Kalau seseorang itu merokok ke, minum arak ke, hisap dadah ke tapi kalau Allah nak bagi zuriat kat seseorang itu Allah berikan sahaja. Kalau itu kehendak-Nya. 

Bagi kami suami isteri yang tak dapat zuriat lagi ni, kami fikir positif... Allah nak kami berkenal-kenalan dahulu, bercinta-cinta dulu dan mengenal hati budi masing-masing.

Tahun ini insyaAllah usia perkahwinan kami genaplah 9 tahun. Kami tak pernah rasa sunyi atau sedih kerana tidak dikurniakan zuriat lagi. Kami tahu Allah telah ada rancanganNya untuk hambaNya seperti kami ini.

Isteri saya pernah hamil tanpa sedar 2 tahun lepas, tapi Allah lebih sayangkan zuriat kami. Isteri saya disahkan hamil luar Rahim. Dan terpaksa lakukan pemedahan segera esok harinya keran khuatir kandungan tersebut akan meletup dan membahawakan nyawa isteri saya.

Alhamdulillah selepas 3 hari pemedahkan dilakukan, kami terus mengerjakan umrah ialah program Kembara Iman Saudara Baru yang pertama dilancarkan.
Sekali lagi saya ingin katakan Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya. Allah nak kami berbakti pada masyakat dan agama dahulu. Mungkin selepas ini, Allah akan berikan zuriat pada kami pada masa yang sesuai. insyaAllah

Setiap kali selepas solat saya selalu doakan semoga diberikan anak yang soleh dan solehah yang boleh berbakti kepada agama, keluarga dan masyakarat. Menjadi penyambung dakwah Rasulullah SAW.


Senyum selalu
Selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang






Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails