TEMAN

Ahad, 5 November 2017

MEE KICAP BERSAMA SUP WANTAN - ADAM CORRIE

SIAP DAH WANTAN SAYA

Beberapa bulan yang lepas, saya telah kongsikan resipi Mee Kicap bersama Sup Wantan.

Buat mee kicap bersama sup wantan. adalah makanan saya sejak kanak-kanak lagi , Saya kan Cina... dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup.

MEE🍜 Mee Wantan 
  • mee wantan 
  • (leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat ) 
  • Mee wantan ada jual di supermarket
  • minyak bijan
  • kicap pekat 
  • kicap cair (apa2 brand pon ok)
  • Sos tiram
  • Sayur sawi / siew pak choi 
🌟 campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
🍜Kulit Wantan 
  • tepung gandum
  • Sedikit tepung ubi atau tepung jagung 
  • air panas mendidih.. 
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
- satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
- kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
- uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
⭐️ payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
🍀Isi / Inti Wantan
  • Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus) 
  • Daun bawang di ptg halus
  • Karot di potong halus.. 
  • tepung sikit 
  • lada sulah
  • Garam
  • Sos tiram
⭐️gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
⭐️ dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.

🍜Sup Ringkas Adam Corrie πŸœ
  • Air
  • Lada sulah 
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
🌟didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya.
Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masinh-masing



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails