TEMAN

FAZI + ADAM



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Blog ini adalah blog peribadi mengenai kami suami isteri. Ia hanyalah himpunan rasa yang lahir dari hati. Jika yang kurang selesa dengan coretan dalam blog ini, di harap maafkanlah kami.


Blog ini dihasilkan oleh Fazi sebelum kami kenal lagi iaitu sejak tahun 2007. Jadi kebanyakan entry dalam blog ini adalah hasil kerja Fazi. Adam hanya sekali sekala sahaja menulis entry dalam blog ini. Nama blog ini ADAM FAZI.COM (berkongsi blog) baru ditukarkan pada januari 2011. Sebelum ini Himpunan Jiwa Zimo.blogspot.com (hak milik sepenuhnya oleh  Fazi). 

Allah berikan kita perasaan dan akal yang suci. Perasaan itu kami rasa ingin kongsikan bersama mereka yang ingin berkongsi, terutama ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang dihormati.


Gunakanlah blog sebaik mungkin untuk kebaikan, bukan menjatuhkan orang lain atau mengaibkan hamba Allah.

Salam sejahtera dari kami untuk bloggers semua.






Adam Corrie seorang pereka tari dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan hampir 20 tahun. Berdansa? aksi lasak? itulah ADAM CORRIE. Panggil saja  ADAM.

ADAM CORRIE adalah seorang bangsa cina yang lahir di Pulau Pinang dan seorang anak askar. Adam boleh berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik. Adam telah jatuh cinta dengan islam lalu memeluk islam pada 13/7/07. Setahun kemudian saya telah berjumpa dgn isteri FAZIMA FUAD lebih suka d ipanggil dengan nama Fazi (bermaksud Kejayaan) adalah seorang  seorang pereka grafik. 

Beberapa bulan kemudian kami bernikah pada 21/11/08. Selepas berkahwin Fazi menjadi pembantu peribadi Adam Corrie dan juga masih meneruskan pekerjaannya sebagai pereka grafik secara bebas. 




Adam Corrie mula melibatkan diri dgn bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie  juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dlm pertandingan yang Adam Corrie sertai sejak berusia 14 tahun lagi.
Antaranya;
  • Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995
  • Juara- Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999
  • dan banyak lagi. 


Melalui pengalaman yg telah ditimba Adam mula menjinakkan diri sebagai pereka tari pada awal tahun 1990. 

Adam mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'SPINNING GASING' dan hinggalah sekarang Adam masih menjadi pereka tari dan pelakon. 











Filem :
  • Spinning Gasing,
  • Paloh
  • KL Drift 2 – Evolusi
  • Jin Notty
  • Rempit V3
  • Setem
  • Puntianak Menjerit -2005
  • Kala Malam Bulan Mengambang -2008
  • Puntianak Harum Sundal Malam 1
  • Gerak Khas The Movie
  • Bohsia- Jangan Pilih Jalan Hitam (April 2009)
  • My Spy
  • City Shark
  • LIBAS - 2009
  • Misteri Jalan Lama
  • KL Gangster




Drama & Telemovie

  • Di Luar Bukan Syurga
  • Plantun Satria
  • Fantasia Cinta Dobi – Episod 26
  • Mat Jenin – Drama episode 26
  • Gerak Khas
  • Roda-roda KL
  • Kaizer – Episod 26
  • Tuntutan Maut Telemovie
  • Katsarin 26 Episod
  • Kisah Abang 20 Episod
  • Selumbar di hati mama 26 Episod
  • Ternimal sayang telemovie
  • KL Menjerit 27 Episod
  • Telemovie Hua Hua Hua
  • Delima Wanita
  • Seriau – CVD
  • Ops Landau
  • Kapow
  • Sembang bawa bimbang
  • Pengawal peribadi
  • Roh
  • Ayoup
  • Ranjau Kehidupan
  • Siapa Kau
  • Akinabalu
  • Crossing
  • dan banyak lagi 


Teater

  • Sel 62


Komersil
  • Palmolive
  • Yamaha SS2
  • The Crook (iklan membanteras cetak rompak)

Rancangan Realiti & Koreograf
  • Akademi Fantasia musim 2 
  • Akademi Fantasia musim 4 
  •  Mentor musim 1
  •  Filem Muzikal MAGIKA – KRU Motion
  • Teater MAHSURI – Istana Budaya
  • Mari Menari

9 ulasan:

  1. hye kak.. nk tnye nie...hope x mrah..akak edit video n picture menguna software ape yea... cantik sgt..

    jemput la singgah at blog sya..

    www.homecheekeyka.blogsot.com
    www.es-misob.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Hi Cheek. Saya pakai softwre iMovie.

    BalasPadam
  3. semua gambar sangat cantek.saya pun suka!

    BalasPadam
  4. assamualaikum..
    Semoga akak & suami sentiasa berada dalam redha Allah selalu..
    Semoga sentiasa istiqamah dalam kebaikkan..insyaAllah.. :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, aunty. Panggil auntylah yee. Hehehe. Telah menulis ni budak kecek lagi -.-' Sentiasa mendoakan kebahgiaan aunty bersama pasangan hidup ;) Salam ukhwah ya ukhti ! :)

    BalasPadam
  6. help me i got no one else to go to after me n kids convert

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails